idMe KPM: Cara Daftar & Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Online

idMe KPM adalah sistem pengurusan identiti utama yang kini menjadi tulang belakang untuk log masuk ke semua sistem Kementerian Pendidikan Malaysia. Sama ada anda seorang guru, ibu bapa, pelajar mahupun pentadbir institusi, anda wajib daftar dan login idme untuk akses modul penting termasuk pendaftaran Tahun 1 sesi 2026.

Sistem idMe KPM ini dibangunkan bagi memudahkan Single Sign-On (SSO) dan elak duplikasi maklumat. Nak tahu cara daftar, login dan buat permohonan Tahun 1 dengan idme kpm? Semuanya kami senaraikan dalam panduan lengkap ini!

Apa Itu idMe?

Ramai ibu bapa dan guru masih keliru tentang apa sebenarnya sistem idme. Sebenarnya, idMe adalah Sistem Pengurusan Identiti yang membolehkan anda log masuk ke semua sistem bersepadu KPM (MOEIS).

Antara sistem yang boleh diakses melalui IDME termasuk:

  • Pengurusan Awam
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Guru
  • Pengurusan Pentaksiran
  • Pengurusan Institusi
  • Penubuhan & Pendaftaran Institusi

Cara Login idMe Untuk Guru

Guru wajib login ke sistem idme kpm untuk akses e-RPH, e-Prestasi dan sistem MOEIS lain. Berikut ialah langkahnya:

  1. Layari https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Daftar Baru jika tiada akaun
  3. Lengkapkan maklumat seperti emel DELIMa, IC, dan captcha
  4. Aktifkan akaun melalui pautan dalam emel pentadbir
  5. Masukkan semula IC dan kata laluan sementara
  6. Tukar kepada kata laluan baru

Cara Daftar idMe Untuk Ibu Bapa

Bagi ibu bapa yang ingin daftar anak ke Tahun 1 sesi 2026, anda wajib guna idme. Ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal idme.kpm
  2. Klik Daftar Pengguna dan isikan maklumat anda
  3. Sahkan captcha dan klik Daftar
  4. Semak emel untuk kata laluan sementara
  5. Log masuk dan tukar kata laluan baru

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM

Pendaftaran Tahun 1 online melalui idme kpm dibuka mulai 1 Mac 2025. Berikut cara daftar anak ke darjah satu:

  1. Log masuk ke idme.moe.gov.my
  2. Pilih menu Tahun 1 dan klik Permohonan Baharu
  3. Masukkan No MyKid anak anda
  4. Lengkapkan semua maklumat murid, kesihatan, penjaga
  5. Semak & klik Peraku Benar & Hantar
  6. Cetak borang permohonan & surat kesihatan
  7. Serahkan borang ke sekolah dalam masa 14 hari

Syarat Kelayakan Mohon Tahun 1

  • Anak warganegara Malaysia
  • Lahir antara 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020

Masalah Login idMe KPM & Cara Atasi

Ramai guru dan ibu bapa hadapi isu seperti idme kpm tidak boleh login atau kata laluan salah. Ini cara selesaikan:

  1. Klik Lupa Kata Laluan
  2. Masukkan emel berdaftar
  3. Ikut arahan e-mel penetapan semula kata laluan
  4. Tetapkan semula dengan masukkan IC dan captcha

Cara Tukar Kata Laluan idMe

Sekiranya anda masih ingat akaun tetapi ingin tukar password:

  1. Log masuk idme
  2. Pergi ke tetapan akaun
  3. Pilih Tukar Kata Laluan
  4. Masukkan kata laluan lama & tetapkan yang baru

Panduan Video idMe KPM (MOIES)

Kementerian Pendidikan turut menyediakan playlist YouTube penuh untuk bantu pengguna. Anda boleh tonton di sini:

Panduan Video idMe / MOIES KPM

Muat Turun Manual Pengguna idMe (PDF)

Untuk panduan lebih terperinci, sila muat turun PDF rasmi dari KPM:

Full_Awam_Manual_Pengguna-idme-kpmDownload

Soalan Lazim (FAQ)

  • Apakah itu idMe? – Sistem log masuk tunggal untuk semua sistem di bawah KPM.
  • Siapa wajib guna? – Guru, ibu bapa, murid, pentadbir, dan agensi berkaitan.
  • Bila mula daftar Tahun 1? – Bermula 1 Mac 2025.
  • Boleh daftar guna telefon? – Ya, laman idme mesra telefon pintar.

Maklumat Lanjut & Bantuan

Jika anda perlukan bantuan, hubungi terus pihak KPM:

Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Telefon: 03-88843501
Faks: 03-88895244
Emel: supportidMe@moe.gov.my

Rumusan

idMe KPM bukan sekadar sistem log masuk – ia adalah pusat utama untuk urusan pendidikan digital Malaysia. Pastikan anda sudah daftar idme dan tahu cara login sebelum musim pendaftaran Tahun 1 bermula.

Untuk akses info bantuan pendidikan terkini, layari bantuanbaru.my.

Leave a Comment