SSDM atau Sistem Sahsiah Diri Murid merupakan sistem rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi merekod dan memantau sahsiah serta disiplin pelajar sekolah seluruh negara. Sistem ini menggantikan sistem lama yang dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid dengan pendekatan baharu yang menekankan “Amalan Baik”.
Dengan skor atau mata ganjaran dimasukkan ke dalam rekod pelajar, SSDM membolehkan guru dan pentadbir menilai tahap sahsiah secara holistik dan berterusan. Artikel ini akan kupas fungsi SSDM, cara login, contoh salah laku, serta bagaimana ia bantu membentuk pelajar berakhlak mulia.
Apakah Itu SSDM?
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) ialah satu platform dalam talian yang digunakan oleh pihak sekolah dan KPM untuk merekod segala bentuk tingkah laku pelajar — sama ada amalan baik atau salah laku disiplin.
Matlamat utama SSDM ialah untuk:
- Membudayakan nilai murni melalui rekod dan pengiktirafan amalan baik.
- Membantu sekolah mengambil tindakan berasaskan data sahsiah yang sahih.
- Mengukuhkan hubungan antara guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
Objektif Sistem Sahsiah Diri Murid
SSDM dibangunkan dengan beberapa objektif pendidikan:
- Menilai sahsiah murid secara holistik berdasarkan kelakuan positif dan negatif.
- Membudayakan Amalan Baik dalam kalangan pelajar sekolah.
- Menyediakan data lengkap untuk PPD, JPN dan KPM tentang perkembangan disiplin murid.
- Menjadi pusat data untuk surat amaran, statistik disiplin dan sijil akuan sahsiah murid.
- Membantu pelaksanaan Surat Pekeliling Ikhtisas dan SOP disiplin yang konsisten.
Fungsi Utama SSDM
Antara fungsi penting SSDM ialah:
- Merekod kes salahlaku dan amalan baik murid.
- Menjana laporan statistik sahsiah dan surat amaran ponteng.
- Menyimpan maklumat lengkap pelajar dan sekolah.
- Membolehkan cetakan sijil sahsiah berdasarkan skor tingkah laku murid.
Penekanan Kepada Amalan Baik
Penambahbaikan SSDM terkini memberi penekanan terhadap Amalan Baik. Pelajar yang menunjukkan tingkah laku terpuji akan menerima skor merit, dan secara automatik disenaraikan sebagai murid sahsiah unggul.
Contoh kejayaan pelaksanaan SSDM termasuk:
- Sekolah Kebangsaan Bukit Jerok yang menobatkan pelajar sebagai “Murid Unggul” berdasarkan data SSDM.
- Webinar rasmi Institut Aminuddin Baki: “SSDM Siri 5/2024” bagi melatih guru memahami peranan SSDM secara mendalam.
Tahap Pengguna SSDM
Akses kepada SSDM hanya dibuka kepada pengguna berikut:
- Pihak Sekolah (guru, kaunselor, pentadbir)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Cara Login SSDM KPM
Berikut merupakan langkah untuk login SSDM melalui portal rasmi:
- Layari laman web https://ssdm.moe.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan.
- Klik butang Masuk untuk akses sistem.
Jika terlupa kata laluan, klik pautan “Lupa Katalaluan” atau hubungi pegawai SSDM di peringkat JPN/Bahagian untuk reset akses anda.
Adakah Ibu Bapa Boleh Login SSDM?
Tidak. SSDM hanya boleh diakses oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan BPSH. Setakat ini tiada akses rasmi disediakan untuk ibu bapa. Namun, ibu bapa boleh dapatkan maklumat sahsiah anak melalui guru kelas atau guru disiplin sekolah masing-masing.
Murid Perlu Kaunseling Jika Direkodkan Dalam SSDM?
Ya. Jika pelajar direkodkan melakukan salah laku berulang atau serius, mereka akan dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk sesi intervensi. Tujuannya ialah untuk membantu murid memahami kesilapan dan memperbaiki sahsiah diri.
Antara bentuk intervensi termasuk:
- Kaunseling awal untuk kesalahan kecil tetapi berulang.
- Kaunseling mendalam untuk kesalahan berat atau berulang kali.
- Program pembangunan sahsiah positif.
- Penglibatan ibu bapa dalam sesi kaunseling.
Contoh Salah Laku Disiplin Yang Direkod Dalam SSDM
Berikut antara contoh kesalahan murid yang akan direkodkan dalam SSDM:
- Ponteng kelas atau sekolah
- Buli atau bergaduh
- Vandalisme
- Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah
- Merokok
- Membawa telefon bimbit tanpa kebenaran
- Melanggar kod etika pakaian
Cara Menangani Masalah Disiplin Pelajar
Berikut merupakan 10 strategi berkesan yang disarankan oleh pihak sekolah dan KPM:
- Mewujudkan peraturan sekolah yang jelas.
- Penguatkuasaan yang konsisten oleh guru dan pentadbir.
- Komunikasi terbuka dan berkesan dengan pelajar.
- Libatkan ibu bapa secara aktif.
- Sediakan program kaunseling sekolah.
- Laksanakan sistem merit/demerit secara adil.
- Aktifkan aktiviti kokurikulum sebagai saluran pembinaan sahsiah.
- Wujudkan program mentor-mentee.
- Adakan kelas pemulihan tingkah laku.
- Sentiasa pantau dan rekodkan tingkah laku pelajar secara berkala.
Kepentingan SSDM Dalam Pendidikan Malaysia
Sistem SSDM sangat penting kerana ia menyokong matlamat pendidikan holistik. Ia memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai akhlak yang mulia dan sahsiah terpuji. SSDM juga membolehkan intervensi awal dilakukan sebelum masalah disiplin menjadi lebih serius.
Panduan Lengkap SSDM
Bagi guru atau pentadbir sekolah yang ingin memahami secara terperinci cara penggunaan SSDM, anda boleh merujuk panduan rasmi yang disediakan:
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
Unit Pembangunan Sahsiah Murid
Sektor Hal Ehwal Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
Aras 3 & 4, Blok E2, Parcel E, 62604 Putrajaya
Tel: 03-88849339