UPDATED : Ini Senarai Barang MyKasih RM200 Yang Anda Boleh Tebus Sekarang!

Senarai barang MyKasih 2025 kini dikemas kini untuk membantu penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membuat pembelian barang keperluan harian dengan lebih mudah. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan asas terpilih seperti makanan kering, barangan dapur, dan produk segar di pasar raya terpilih seluruh Malaysia menggunakan kredit semakan MyKasih yang disediakan setiap bulan.

Antara barangan yang termasuk dalam senarai barang MyKasih adalah barang asas rahmah, barangan SARA 2025, dan pelbagai jenis makanan yang boleh dibeli dengan MyKasih RM200. Ramai juga yang mencari senarai barangan MyKasih 2025 dan senarai barang SARA terkini untuk rujukan semasa membeli.

Panduan ini akan bantu anda semak barangan dibenarkan, termasuk list barang MyKasih mengikut pasar raya serta jenis barang MyKasih yang diluluskan oleh pihak berwajib.

Jumlah Bayaran MyKasih 2025

Bermula 1 April 2025, jumlah bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui sistem MyKasih telah dinaikkan kepada RM200 sebulan bagi kategori tertentu. Bantuan ini disalurkan setiap bulan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan yang termasuk dalam list barang mykasih yang dibenarkan.

Berikut ialah pecahan jumlah kelayakan dan kadar bayaran mengikut kategori penerima:

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp
Kategori Penerima Jumlah Penerima Jumlah Kelayakan SARA 2025 Bayaran Jan–Mac 2025 Bayaran Apr–Dis 2025
Isi Rumah (STR & eKasih) RM2,100 RM100 RM200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) 0.7 Juta RM1,650 RM100 RM150
Bujang (STR & eKasih) RM600 RM50 RM50
Isi Rumah (STR sahaja) RM900 RM100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) 4.7 Juta RM450 RM50

Secara keseluruhan, seramai 5.4 juta penerima akan menerima bayaran SARA bermula April 2025. Kadar bantuan dinaikkan sebanyak RM50 sebulan untuk kategori tertentu bagi membantu kos sara hidup rakyat Malaysia.

jumlah mykasih 2025

Senarai Barang MyKasih Boleh Dibeli Guna Bantuan SARA 2025

Penerima bantuan MyKasih boleh membeli pelbagai barangan asas di kedai yang menerima program ini. Senarai barangan meliputi kategori seperti makanan, minuman, bahan perasa, dan barangan kesihatan.

Barang mykasih kedai

1. Beras

  • Jasmine
  • Jati
  • Super 5
  • Ketupat
  • Royal Umbrella
  • Rambutan
  • Saga
  • Bernas
  • Faiza
  • Carnation

2. Roti

  • Massimo
  • Mighty White
  • Gardenia

3. Telur

  • CP
  • QL Eggs
  • Nutri Plus

4. Minyak Masak

  • Seri Murni
  • Saji
  • Buruh
  • Alif
  • Daisy
  • Knife
  • Vesawit

5. Tepung

  • Sauh
  • Lili
  • Faiza
  • Blue Key
  • Cap Ros

6. Biskut

  • Munchy’s
  • Julie’s
  • Tiger
  • KERK
  • Chips More
  • Kraft Foods
  • Hwa Tai
  • Jacob
  • Hup Seng

7. Mi Segera

  • Indo Mie
  • Mamee
  • Mie Sedap
  • Eka
  • Maggi
  • Cintan

8. Minuman

  • BOH
  • Fernleaf
  • Horlicks
  • Dutch Lady
  • Nescafe
  • Quaker
  • Milo
  • F&N
  • Marigold
  • Vico

9. Makanan Dalam Tin

  • TC BOY
  • Adabi
  • Kimball
  • Ayam Brand
  • Yeo’s
  • King Cup

10. Bahan Perasa

  • Puteri
  • Planta
  • Life
  • Kimball
  • CSR
  • Jalen
  • Tamin
  • Faiza
  • Maggi
  • Habhal’s

11. Produk Kesihatan

  • Colgate
  • Kotex
  • Dettol

12. Ubat-Ubatan

  • Prospan
  • Hurix’s
  • Sterimar
  • Panadol
  • Difflam

13. Barangan Sekolah

  • Stabilo
  • Steadler
  • Bata
  • Faber Castell
  • Canggih

14. Barangan Kebersihan (TERBARU)

  • Sabun pinggan
  • Sabun / serbuk pencuci pakaian
  • Pencuci lantai

barang mykasih

Bagaimana Menggunakan Bantuan MyKasih?

Penerima bantuan MyKasih hanya perlu menunjukkan MyKad di kaunter pembayaran bagi menikmati bantuan ini. Baki yang tersedia akan ditolak terus daripada jumlah pembelian barangan yang diluluskan dalam senarai.

Semakan Baki MyKasih

Penerima boleh menyemak baki bantuan MyKasih melalui kaedah berikut:

Senarai Kedai MyKasih di Malaysia

Berikut ialah pautan rasmi untuk senarai penuh pasar raya, kedai runcit dan premis terpilih yang menyokong pembayaran bantuan SARA melalui MyKad, mengikut negeri masing-masing:

Kesimpulan

Program MyKasih 2025 memberi manfaat besar kepada penerima untuk membeli keperluan asas tanpa tekanan kewangan.

Senarai barang MyKasih membantu penerima membuat perancangan belanja dengan lebih baik.bantuan kerajaan Semak jenis barangan dan jenama sebelum membeli untuk memastikan bantuan digunakan dengan optimum..

43 thoughts on “UPDATED : Ini Senarai Barang MyKasih RM200 Yang Anda Boleh Tebus Sekarang!”

    • Memang bawak ke depan sehingga 31 Disember 2025. Lepas tu, baki yang tak dibelanja akan langsai. Dan kena tengok betui-betui samada barang yang nak beli dipamerkan di rak MyKasih. Contohnya telor. Tak boleh pakai ambik telor sebarangan. Ambil telor Gred C daripada jenama yang disenaraikan. Selamat membeli!

      Reply
    • Ya, tapi dgn syarat bulan bantuan bulan sebelumnya telah digunakan untuk membeli walaupun tak habis…ni dok dengar depa kata

      Reply
  1. Isteri boleh pergi beli ataw tidak guna
    IC suami pada ketika isteri ingin buat pembelian.

    Reply
    • btul antara brgan keperluan yg pting jgk. lps tu klu ble la ambik jnama produk lokal. harga murah ckit dpt la bli byk ckit brg. ☺️

      Reply
    • Rozrana…
      Selalunya di rak ada letak tanda Mykasih. I beli syampu Safi….
      Tapi kekadang ada barang tak tersenarai ada je boleh beli. Macam kopi indocafe . Tu yang confuse

      Reply
  2. Dari mana anda ambil senarai ini? Saya pergi kedai, banyak lagi barang pun termasuk jugak yang tidak ada dalam senarai ini??

    Reply
    • Darren…
      You scroll bawah nanti ada tulis senarai kedai dekat semakan status sara tu. You masukkan nama bandar dan negeri nanti keluar senarai

      Reply
  3. Malam tadi saya ke Lotus’s Bandaraya Melako. Saya scan guna app Smbangan Asas Rahman.

    Maggi, Campbell, Cap Ayam, Roti, ikan, sotong Dan semua app kata tak layak.

    Saya kuar Dan terus ke Kedai 99 boleh pulak.
    Mengapa eh?

    Reply
  4. Ape benda la. Nak tolong tapi pampers susu baby takda dlm senarai. Yg disuruh beli meggi.. Baik tak yah bagi

    Reply
  5. Saya dah cuma daftar tapi dekat apps tak boleh macam mne boleh bantu sya.sebab tak pernah daftar lagi Sya hanya daftar str bujang sahaja.

    Reply

Leave a Comment