Zakat Sabah: Cara Mohon Bantuan Zakat MUIS Secara Online (Terkini 2025)
Ramai yang masih tidak tahu bahawa bantuan zakat Sabah kini boleh dipohon secara dalam talian. Jika anda tergolong dalam golongan asnaf, ini peluang anda untuk mendapatkan bantuan yang dapat meringankan beban kewangan. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyediakan pelbagai jenis bantuan zakat yang boleh dimohon secara online. Jom lihat syarat kelayakan dan cara permohonan bantuan zakat Sabah!
Permohonan untuk Bantuan Tunai 2025 Kerajaan kini dibuka.
Apa Itu Zakat Sabah?
Zakat Sabah merupakan bantuan kewangan yang diagihkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah kepada mereka yang layak. Ia bertujuan membantu golongan asnaf seperti fakir, miskin, dan mualaf supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Dengan adanya sistem permohonan dalam talian, proses menjadi lebih mudah dan cepat.
Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Sabah
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
- Tergolong dalam kategori asnaf seperti fakir, miskin, atau mualaf.
- Tidak menerima bantuan lain atau memerlukan bantuan tambahan.
Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah Secara Online
Permohonan zakat boleh dibuat melalui portal rasmi MUIS. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Layari Laman Web Rasmi
Kunjungi appszakatsabah.gov.my untuk mengakses sistem permohonan zakat.
Langkah 2: Daftar atau Log Masuk
Jika belum mempunyai akaun, klik butang “Daftar Sekarang”. Jika sudah berdaftar, terus log masuk.
Langkah 3: Lengkapkan Borang Permohonan
Isi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan butiran lain yang diperlukan.
Langkah 4: Pilih Skim Bantuan
Pilih jenis bantuan zakat yang ingin dipohon dan lengkapkan borang secara terperinci.
Langkah 5: Hantar Permohonan
Sahkan maklumat yang telah diisi dan hantar permohonan. Tunggu pengesahan dari pihak MUIS.
Jenis Bantuan Zakat Sabah
MUIS menawarkan beberapa skim bantuan kepada penerima yang layak, termasuk:
Bantuan Sosio-Ekonomi
- Bantuan Am
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Bencana Alam
- Bantuan Kecemasan
- Bantuan Pengurusan Jenazah
Bantuan Pendidikan
- Bantuan Yuran Pendaftaran
- Bantuan Dermasiswa
- Bantuan Tiket Penerbangan
Bantuan Mualaf
- Bantuan Khas untuk saudara baru
- Bantuan Am Mualaf
Bantuan Khas COVID-19
- Bantuan kepada waris pesakit COVID-19
- Bantuan kepada fakir miskin dan mualaf
- Bantuan kepada mahasiswa Sabah di luar negara
Maklumat Lanjut
Bagi sebarang pertanyaan berkaitan bantuan zakat MUIS, sila hubungi:
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
Bahagian Zakat & Fitrah
Tingkat 1 Blok A & B, Wisma MUIS
Peti Surat 11666, 88818 Kota Kinabalu, Sabah
Laman Web: appszakatsabah.gov.my
Telefon: 088-279206 / 279100
Dengan kemudahan permohonan zakat secara online, golongan yang memerlukan kini dapat memohon bantuan dengan lebih mudah dan cepat. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan yang boleh membantu meringankan beban kewangan anda.