Format Surat Rasmi & Contoh Permohonan

Surat rasmi merupakan dokumen penting yang sering digunakan dalam urusan rasmi, sama ada untuk permohonan, rayuan atau komunikasi formal antara individu, syarikat, dan agensi kerajaan. Oleh kerana surat ini mencerminkan profesionalisme penghantar, format dan gaya penulisan yang betul amat penting bagi memastikan mesej dapat disampaikan dengan jelas.

Struktur Asas & Format Surat Rasmi

Setiap surat rasmi perlu mengikut format tertentu supaya ia mudah difahami dan diterima dengan baik oleh penerima. Berikut adalah elemen-elemen utama yang perlu ada dalam surat rasmi:

  • Alamat Pengirim: Ditulis dengan lengkap di bahagian atas surat.
  • Tarikh: Diletakkan di sebelah kanan surat.
  • Nama & Alamat Penerima: Maklumat penerima perlu dinyatakan dengan jelas, terutamanya jika ia mewakili sebuah jabatan atau syarikat.
  • Perkara: Menyatakan tujuan utama surat dengan ringkas dan padat.
  • Isi Surat: Kandungan surat ditulis secara tersusun, jelas, dan profesional.
  • Tandatangan & Nama Penghantar: Surat rasmi perlu ditandatangani sebelum dihantar.

Contoh Surat Rasmi Permohonan Tempahan Dewan

Surat Permohonan Sewaan Dewan Majlis Bandaraya

Di bawah adalah contoh surat rasmi untuk permohonan menyewa dewan bagi majlis rasmi:

Ahmad Hakimi Bin Salleh
No 45, Jalan Impian Jaya,
Taman Indah,
43000 Kajang, Selangor

15 Mac 2025

Ketua Bahagian Tempahan
Majlis Perbandaran Kajang,
Persiaran Perbandaran,
43000 Kajang, Selangor

Tuan,

PERMOHONAN TEMPAHAN DEWAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

Saya, Ahmad Hakimi Bin Salleh, ingin memohon untuk menyewa Dewan Majlis Perbandaran Kajang pada 20 Mei 2025 (Sabtu) bagi tujuan majlis perkahwinan anak saya. Saya berbesar hati sekiranya permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak Tuan.

Segala kerjasama daripada pihak Tuan amat saya hargai. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
AHMAD HAKIMI BIN SALLEH

Kepentingan Surat Rasmi dalam Urusan Perkhidmatan Awam

Peranan & Fungsi Surat Rasmi

Dalam sektor awam, surat rasmi berperanan sebagai medium komunikasi utama antara jabatan kerajaan, syarikat swasta, dan individu. Ia digunakan untuk menyampaikan maklumat rasmi seperti arahan, permohonan, dan pemakluman penting.

Bagi memastikan keberkesanan komunikasi, setiap surat rasmi perlu mematuhi format yang telah ditetapkan. Kejelasan isi kandungan dan ketepatan maklumat yang disampaikan sangat penting untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham.

format-surat-rasmi-kerajaan-bantuan-baru

Muat Turun Template Surat Rasmi

Contoh & Panduan

Jika anda memerlukan template surat rasmi yang lebih spesifik, anda boleh muat turun contoh surat rasmi dengan mengklik pada gambar di bawah dan memilih “save image as” untuk menyimpannya sebagai rujukan.

surat-rasmi-template

Rujukan: bantuanbaru.my

Leave a Comment