Ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tertanya-tanya: fasa 3 STR masuk bila? Artikel ini akan terangkan secara lengkap tarikh jangkaan bayaran, bank mana yang biasanya masuk lebih awal, serta panduan semakan status STR secara online melalui portal rasmi. Selain itu, kami juga sertakan tips penting agar bantuan anda tidak sangkut di pertengahan jalan.
Jika anda tergolong dalam kategori isi rumah, bujang atau warga emas yang layak menerima STR, penting untuk anda tahu status semasa pembayaran agar dapat merancang kewangan dengan lebih baik untuk bulan akan datang.
Ramai Tak Sedar Duit eWallet Tengah Masuk – Check Cepat!
Apa Itu STR Fasa 3?
STR Fasa 3 merupakan salah satu daripada beberapa fasa pembayaran bantuan tunai di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan kepada golongan B40 dan M40. Pembayaran ini adalah kesinambungan daripada fasa 1 dan fasa 2 yang telah diagihkan pada awal dan pertengahan tahun 2025.
Fasa 3 biasanya menumpukan kepada penerima kategori:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- Isi Rumah dengan pendapatan rendah
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Golongan Bujang
Jumlah bantuan yang diberikan bergantung kepada kategori dan bilangan tanggungan dalam keluarga.
Anggaran Jumlah Bantuan STR Fasa 3
| Kategori | Anggaran Bayaran Fasa 3 |
|---|---|
| Isi Rumah (berpendapatan rendah) | RM300 – RM500 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 – RM300 |
| Bujang | RM100 – RM150 |
Beza STR Fasa 3 Dengan Bantuan MyKad eWallet
Ramai penerima keliru antara bayaran STR Fasa 3 dan bantuan lain seperti bantuan RM900 dalam MyKad atau eWallet RM200. Walaupun semuanya disalurkan oleh kerajaan untuk golongan B40 dan M40, ada beberapa perbezaan penting yang perlu anda tahu:
| Jenis Bantuan | STR Fasa 3 | Bantuan MyKad / eWallet |
|---|---|---|
| Bentuk Bantuan | Tunai ke akaun bank | Kredit tanpa tunai ke MyKad |
| Jumlah Bantuan | RM100 – RM500 bergantung kategori | RM100 – RM200 sebulan |
| Cara Guna | Bebas digunakan | Untuk beli barangan keperluan sahaja |
| Kaedah Semakan | Portal MySTR | Portal MyKasih |
Jika anda layak untuk STR, besar kemungkinan anda juga layak untuk bantuan MyKad secara automatik. Pastikan anda semak kedua-dua jenis bantuan bagi memastikan semua hak anda diterima dengan sempurna.
Cara Semak Status STR Fasa 3
Untuk menyemak sama ada anda layak menerima STR Fasa 3, ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi STR
- Log masuk menggunakan nombor MyKad atau MyDigital ID
- Pilih menu “Semakan Status”
- Status bayaran akan dipaparkan termasuk jumlah dan fasa
Bank Mana Masuk Paling Awal?
Daripada rekod tahun lepas, bank-bank berikut cenderung membuat kemasukan paling awal:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Maybank
- CIMB
- Bank Rakyat
Namun, masa sebenar bantuan diterima bergantung kepada sistem bank masing-masing. Kebiasaannya, transaksi bermula sekitar jam 9 pagi pada hari pengkreditan.
Fasa 3 STR Masuk Bila Sebenarnya?
Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Namun begitu, berdasarkan jadual terdahulu, bayaran fasa 3 dijangka bermula pada minggu ketiga atau keempat Ogos 2025.
Contohnya, pada tahun 2024, fasa 3 STR mula disalurkan sekitar 22 Ogos. Maka tahun ini dijangka sekitar 20 – 28 Ogos 2025. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar akan diumumkan menerusi media rasmi dan portal bantuantunai.hasil.gov.my.
Tips Pastikan Bantuan STR Tidak Sangkut
- Pastikan akaun bank anda aktif & atas nama sendiri
- Elak guna akaun pihak ketiga (suami/isteri/anak)
- Kemaskini maklumat peribadi di portal MySTR jika ada perubahan
Apa Perlu Buat Jika STR Tak Masuk?
Jika selepas 3 hari dari tarikh rasmi bantuan masih belum diterima:
- Hubungi LHDN melalui talian rasmi atau emel
- Semak status di portal STR – pastikan tiada isu teknikal
- Pastikan akaun bank tiada sekatan atau masalah teknikal
Maklumat Tambahan
Untuk semakan bantuan lain yang sedang dikreditkan ke MyKad seperti eWallet RM200 dan bantuan SARA, anda boleh semak:
