STR Login

STR Login : MySTR 2025 Semakan Sumbangan Tunai Rahmah

STR LOGIN: Semakan Status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Sila login STR untuk kemaskini, semak dan buat permohonan MySTR 2025.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah kesinambungan program bantuan tunai yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40. Program ini berada di bawah pengurusan Kementerian Kewangan dan terus ditambah baik untuk memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat.

Bagi STR Fasa 1, pembayaran telah pun diagihkan kepada penerima yang layak pada bulan Januari 2025. Kerajaan berkomitmen untuk memastikan bantuan ini diteruskan dengan lebih efektif melalui konsep ‘Payung Rahmah’ bagi membantu golongan rentan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Baca Juga : Tarikh Cuti Sekolah

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai tahunan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. STR 2025 merupakan kesinambungan daripada beberapa program bantuan terdahulu seperti:

  • BSH (Bantuan Sara Hidup)
  • BPN (Bantuan Prihatin Nasional)
  • BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)
  • BKM (Bantuan Keluarga Malaysia)

STR 2025 akan diteruskan untuk meringankan beban rakyat, memastikan mereka yang layak mendapat manfaat sewajarnya, dan membantu dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kategori Penerima STR 2025

Kerajaan telah menetapkan beberapa kategori penerima STR 2025 seperti berikut:

  • Isi Rumah: Pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Isi Rumah: Pendapatan antara RM2,501 – RM5,000 sebulan
  • Warga Emas Bujang: Berumur 60 tahun ke atas
  • Bujang: Pendapatan kurang daripada RM2,500

Penerima STR 2025 akan menerima bantuan berdasarkan kategori kelayakan dan jumlah tanggungan dalam isi rumah.

Jumlah & Tarikh Bayaran STR 2025

Pembayaran STR 2025 akan dibuat dalam empat fasa seperti berikut:

  • Fasa 1: 22 Januari 2025
  • Fasa 2: Akan dikemaskini
  • Fasa 3: Akan dikemaskini
  • Fasa 4: Akan dikemaskini

Pastikan anda sentiasa membuat Semakan STR secara berkala melalui Login STR untuk mengetahui status pembayaran dan kelayakan anda.

STR LOGIN: Cara Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)

Untuk membuat semakan status pembayaran STR 2025, anda perlu log masuk ke akaun MySTR. Berikut adalah langkah-langkah untuk Login STR dan menyemak status:

Langkah Login STR

  1. Layari Portal Rasmi STR.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  3. Klik butang Log Masuk.
  4. Butiran anda akan dipaparkan di skrin.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran dan status pengkreditan.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR di portal rasmi dan pastikan No MyKad anda tersenarai sebagai penerima STR 2025.
  2. Masukkan maklumat keselamatan yang diminta.
  3. Tetapkan kata kunci keselamatan dan kata laluan.
  4. Pendaftaran anda berjaya dan anda kini boleh membuat semakan status.

Cara Semakan Permohonan STR 2025

Semakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:

  • Portal Rasmi STR: Log masuk ke MySTR dan pilih Semakan Status.
  • Hotline BKK: Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hotline MOF: Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Pejabat HASiL: Hadir ke pejabat LHDNM yang berdekatan untuk semakan manual.

Jumlah Pembayaran STR 2025

Jumlah bayaran STR 2025 adalah berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kategori dan bilangan tanggungan dalam isi rumah. Berikut adalah kadar bantuan yang ditetapkan:

Kategori Kelayakan Kadar Bantuan (RM)
Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 Tiada anak: RM1,000
1-2 anak: RM1,500
3-4 anak: RM2,000
5 ke atas: RM2,500
Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 Tiada anak: RM500
1-2 anak: RM750
3-4 anak: RM1,000
5 ke atas: RM1,250
Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun ke atas) RM600
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) RM600

Jumlah bantuan ini akan dikreditkan secara berperingkat mengikut fasa pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan anda sentiasa Kemaskini STR untuk memastikan maklumat anda sentiasa tepat.

Lupa Kata Laluan STR? Ini Cara Mengatasinya

Jika anda terlupa kata laluan untuk Login STR, ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR.
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Masukkan No MyKad dan tekan SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan.
  5. Klik SETERUSNYA dan semak emel anda untuk menerima kata laluan sementara.
  6. Jika tiada emel diterima, jawab 3 soalan keselamatan.
  7. Masukkan kata laluan baharu dan klik TUKAR KATA LALUAN.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus STR 2025

Pemohon yang tidak lulus boleh mengemukakan rayuan apabila tempoh rayuan dibuka. Maklumat mengenai tempoh rayuan akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi STR.

Kaedah Permohonan Rayuan STR

  • Sekarang dalam talian: Melalui portal rasmi STR.
  • Sekarang manual: Menghantar borang rayuan ke pejabat LHDNM yang berdekatan.

Borang Rayuan STR 2025

  • Borang Permohonan STR 2025
  • Borang Kemas Kini Maklumat
  • Borang Serahan Dokumen Sokongan
  • Borang Pembatalan Permohonan

Saluran Pertanyaan STR 2025

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan STR Login dan Permohonan STR 2025, sila hubungi saluran berikut:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Rasmi Belanjawan 2024.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top