Cara Solat Witir: Panduan, Bacaan Doa & Kelebihan
Solat Witir adalah solat sunat yang dilakukan sebagai penutup bagi solat malam. Solat ini sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW kerana ia mempunyai kelebihan besar dalam kehidupan seorang Muslim.
Solat ini dinamakan Witir kerana bilangan rakaatnya yang ganjil, sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan, atau sebelas rakaat.
Selain solat witir, anda juga digalakkan untuk mendiri kan solat sunat tahajud.
Hukum Solat Witir
Hukum solat Witir adalah sunat muakkad, iaitu solat sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun tidak wajib, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hidup Baginda.
“Sesungguhnya Allah itu ganjil (witir) dan Dia suka kepada yang ganjil, maka kerjakanlah solat Witir wahai ahli Al-Quran.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Waktu Solat Witir
Waktu solat Witir bermula selepas solat Isyak hingga sebelum masuk waktu Subuh.
Namun, waktu yang paling afdal adalah pada sepertiga malam terakhir, iaitu sekitar pukul 3 pagi hingga sebelum masuk waktu Subuh.
Bilangan Rakaat Solat Witir
Solat Witir boleh dikerjakan dengan bilangan rakaat ganjil, seperti:
- 1 rakaat
- 3 rakaat (paling biasa dilakukan)
- 5 rakaat
- 7 rakaat
- 9 rakaat
- 11 rakaat
Dalam solat Witir 3 rakaat, ia boleh dilakukan dalam dua cara:
- 2 rakaat + 1 rakaat (dengan dua salam)
- 3 rakaat sekaligus (dengan satu salam sahaja)
Niat Solat Witir
Niat Solat Witir 1 Rakaat
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta’ala.
Niat Solat Witir 2 Rakaat
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Niat Solat Witir 3 Rakaat
Usolli sunnatal witri thalatha raka’atin lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat witir tiga rakaat kerana Allah Ta’ala.
Cara Solat Witir
Berikut adalah panduan lengkap cara solat Witir 3 rakaat (2 rakaat + 1 rakaat):
Rakaat Pertama
- Niat solat Witir
- Takbiratul ihram
- Baca Surah Al-Fatihah
- Baca Surah pilihan (contoh: Surah Al-A’laa)
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud pertama
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
- Baca Surah Al-Fatihah
- Baca Surah pilihan (contoh: Surah Al-Kafirun)
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud pertama
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Tahiyat Akhir
- Salam
Rakaat Ketiga
- Niat solat Witir 1 rakaat
- Takbiratul ihram
- Baca Surah Al-Fatihah
- Baca Surah pilihan (contoh: Surah Al-Ikhlas)
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud pertama
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Tahiyat Akhir
- Salam
Doa Qunut Solat Witir
Doa Qunut Witir dibaca pada rakaat terakhir solat Witir, khususnya pada separuh akhir bulan Ramadan.
Bacaan Doa Qunut Witir (Rumi)
Allahummahdinii fiiman hadait,
Wa’aafinii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawallait,
Wabaarik lii fiimaa a’thait,
Waqinii syarra maa qadhait,
Fainnaka taqdii walaa yuqdhaa ‘alaik,
Innahu laa yadzillu man waalait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaarakta rabbanaa wata’aalait,
Falakal hamdu ‘alaa maaqadhait,
Wa astaghfiruka wa atubu ilaik.
Kelebihan Solat Witir
Antara kelebihan solat Witir ialah:
- Diampunkan dosa
- Dimakbulkan doa
- Mendapat ketenangan jiwa
- Dekat dengan Allah SWT
- Amalan sunat yang sangat disukai Rasulullah SAW
Kesimpulan
Solat Witir adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun hukumnya sunat, kelebihan solat ini sangat besar dalam kehidupan seorang Muslim.
Amalkan solat Witir setiap malam sebagai tanda syukur kepada Allah SWT dan sebagai pelengkap ibadah solat malam. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang lebih dekat dengan-Nya.
Semoga panduan ini bermanfaat dan dapat membantu anda menunaikan solat Witir dengan lebih sempurna.
Sumber : Facebook Mufti Selangor