INFO KINI SEMAKAN SARA 2025 : TUKAR NO PIN & NO TELEFON!

Semakan SARA 2025 kini boleh dibuat terus melalui laman rasmi MyKasih. Ramai penerima bantuan tunai STR 2025 masih belum tahu bahawa mereka juga layak menerima bantuan bulanan SARA, tetapi perlu semak status di portal rasmi. Artikel ini akan jelaskan semua panduan terkini cara semak, kenapa nama tiada dalam senarai MyKasih, dan bagaimana cara guna bantuan ini sepenuhnya tanpa rugi walau satu sen pun.

SARA 2025 ialah bantuan makanan asas melalui MyKad yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima STR mengikut kategori. Namun, tidak semua kategori STR layak menerima SARA, terutamanya kategori bujang. Oleh itu, penting untuk anda tahu cara semak rekod MyKasih dengan betul supaya tidak keliru dengan status “tidak layak”.

Langkah Semakan Status SARA 2025 MyKasih

  1. Layari laman web rasmi: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik pada butang Semakan Status
  3. Masukkan nombor MyKad anda
  4. Maklumat status akan dipaparkan jika anda tersenarai

Apa Perlu Buat Jika Nama Tiada Dalam MyKasih?

Ramai bertanya: kenapa bila semak, tiada rekod? Jawapannya bergantung kepada status kelulusan STR anda. Berikut senarai kategori yang TIDAK layak menerima SARA 2025:

  • Bujang 21–59 tahun yang tidak disahkan miskin dalam data eKasih
  • Ibu bapa tunggal tanpa tanggungan yang diklasifikasi sebagai bujang dalam STR

Walaupun anda lulus STR, jika anda tiada status miskin atau miskin tegar dalam sistem eKasih, maka anda tidak akan menerima SARA.

Panduan Tukar Nombor PIN MyKad Untuk SARA

Jika anda baru pertama kali guna MyKad untuk tebus SARA atau lupa nombor PIN 6-digit, ikuti langkah berikut:

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp
  1. Hubungi talian MyKasih: 03-7720 1800
  2. Waktu operasi: Isnin–Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
  3. Nombor PIN sementara akan diberikan (6 digit pertama nombor MyKad)
  4. Tetapkan PIN baru semasa pembayaran di kaunter pasaraya (juruwang akan bantu)

Tukar Nombor Telefon Dalam Aplikasi MyKasih

Jika anda tidak boleh log masuk aplikasi MyKasih kerana nombor telefon sudah tidak aktif, anda juga boleh tukar dengan menghubungi nombor sama: 03-7720 1800. Pastikan anda kemaskini untuk dapatkan notifikasi dan akses penuh kepada sistem.

Barangan Boleh Dibeli Dengan SARA 2025

SARA tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai MyKasih terpilih. Antara barangan yang diluluskan:

  • Beras, minyak masak, telur, roti, susu pekat
  • Sardin, mi segera, gula, garam
  • Produk kebersihan asas

Semak senarai penuh di artikel Senarai Barang MyKasih.

Jumlah Bantuan SARA Mengikut Kategori

KategoriJumlah Bulanan
Isi Rumah (Miskin Tegar / Miskin)RM200
Isi Rumah (Lain-lain)RM100
Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin)RM150
Warga Emas Tiada Pasangan (Lain-lain)RM50
Bujang (Miskin)RM50
Bujang (Lain-lain)Tidak Layak

FAQ Berkaitan SARA 2025

S: Perlu mohon ke SARA 2025?
J: Tidak. Penerima yang lulus STR dan tersenarai dalam eKasih akan automatik layak.

S: Jika MyKad rosak atau cip gagal dibaca?
J: Sila tukar MyKad di JPN secepat mungkin untuk elak gagal menebus bantuan.

S: Boleh guna MyKad suami/isteri untuk beli?
J: Tidak boleh. Hanya pemilik MyKad yang layak sahaja boleh guna kad itu untuk pembelian.

Maklumat Tambahan

Jika anda masih belum tahu sama ada SARA dah dikreditkan ke MyKad anda, anda boleh cuba gunakan kad tersebut di pasaraya MyKasih. Jika gagal, kemungkinan besar anda:

  • Belum layak SARA (kategori tidak memenuhi syarat)
  • MyKad bermasalah / cip rosak
  • PIN belum ditetapkan

Gunakan sepenuhnya bantuan ini sebelum 31 Disember 2025 kerana baki akan lupus selepas tarikh tamat program.

Rujukan rasmi:
Portal MyKasih – Semakan & Panduan SARA 2025

Leave a Comment