Senarai penuh Cuti Umum 2026 dan Takwim Persekolahan KPM kini rasmi dikeluarkan. Rancang percutian anda dengan bijak menggunakan kalendar terkini Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri yang telah diwartakan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk rujukan semua rakyat Malaysia.
Perancangan awal adalah kunci kepada penjimatan kos percutian dan kualiti masa bersama keluarga. Dengan terbitnya jadual rasmi daripada Bahagian Kabinet JPM, anda kini boleh mula menanda kalendar bagi merebut peluang “Long Weekend” atau cuti panjang yang bakal tiba pada tahun 2026. Artikel ini menyediakan panduan lengkap merangkumi tarikh cuti umum, cuti peristiwa mengikut negeri, dan takwim rasmi sekolah KPM.
Jangan lupa juga tentang pengemuman tarikh rasmi STR Fasa 1 2026 baru-baru ini.
Kalendar Cuti Umum Malaysia 2026 (Mengikut Bulan)
Berikut adalah senarai rasmi Hari Kelepasan Am bagi tahun 2026 yang disusun mengikut kronologi bulan untuk memudahkan rujukan anda:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppJanuari 2026
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 1 Jan (Khamis) | Tahun Baharu 2026 | Semua Negeri (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu) |
| 14 Jan (Rabu) | Hari Keputeraan YDPB N.Sembilan | Negeri Sembilan Sahaja |
| 17 Jan (Sabtu) | Israk dan Mikraj | Kedah, N.Sembilan, Perlis & Terengganu |
Februari 2026 (Tahun Baru Cina)
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 1 Feb (Ahad) | Hari Wilayah Persekutuan | KL, Labuan & Putrajaya |
| 1 Feb (Ahad) | Hari Thaipusam | KL, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor |
| 17 Feb (Selasa) | Tahun Baharu Cina (Hari 1) | Semua Negeri |
| 18 Feb (Rabu) | Tahun Baharu Cina (Hari 2) | Semua Negeri |
| 19 Feb (Khamis) | Awal Ramadan | Johor & Kedah Sahaja |
| 20 Feb (Jumaat) | Hari Perisytiharan Kemerdekaan | Melaka Sahaja |
Mac 2026 (Aidilfitri)
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 7 Mac (Sabtu) | Nuzul Al-Quran | Semua Negeri (Kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah & Sarawak) |
| 21 Mac (Sabtu) | Hari Raya Aidilfitri (Hari 1) | Semua Negeri |
| 22 Mac (Ahad) | Hari Raya Aidilfitri (Hari 2) | Semua Negeri |
| 23 Mac (Isnin) | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor Sahaja |
Mei 2026 (Wesak & Aidiladha)
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 1 Mei (Jumaat) | Hari Pekerja | Semua Negeri |
| 27 Mei (Rabu) | Hari Raya Haji (Hari 1) | Semua Negeri |
| 30 Mei (Sabtu) | Pesta Kaamatan | Sabah & Labuan |
| 31 Mei (Ahad) | Hari Wesak | Semua Negeri |
Jun 2026
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 1 Jun (Isnin) | Hari Keputeraan YDPA Agong | Semua Negeri |
| 1 Jun (Isnin) | Hari Gawai | Sarawak Sahaja |
| 17 Jun (Rabu) | Awal Muharam | Semua Negeri |
Ogos & September 2026 (Bulan Kebangsaan)
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 25 Ogos (Selasa) | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
| 31 Ogos (Isnin) | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
| 16 Sep (Rabu) | Hari Malaysia | Semua Negeri |
Oktober, November & Disember 2026
| Tarikh & Hari | Cuti / Perayaan | Negeri Terlibat |
|---|---|---|
| 8 Nov (Ahad) | Deepavali | Semua Negeri (Kecuali Sarawak) |
| 25 Dis (Jumaat) | Hari Krismas | Semua Negeri |
Takwim Cuti Sekolah 2026 (KPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membahagikan sesi persekolahan kepada dua kumpulan negeri. Sila pastikan anda merujuk kumpulan yang betul untuk mengelakkan kekeliruan tarikh cuti penggal anak-anak anda.
Pembahagian Kumpulan Sekolah
- KUMPULAN A (Cuti Jumaat & Sabtu): Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor.
- KUMPULAN B (Cuti Sabtu & Ahad): Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Perlis, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak.
Jadual Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun 2026
Berikut adalah tarikh penting yang perlu ibu bapa tahu:
- Cuti Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026
- Cuti Pertengahan Tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026 (Cuti Panjang)
- Cuti Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026
- Cuti Akhir Persekolahan: 5 Disember – 31 Disember 2026 (Cuti Akhir Tahun)
Tips Ibu Bapa: Cuti Pertengahan Tahun (Mei-Jun) dan Cuti Akhir Tahun (Disember) adalah waktu puncak (peak season) untuk melancong. Sila buat tempahan hotel dan tiket penerbangan seawal 3-6 bulan sebelum tarikh tersebut.
Tips “Long Weekend” 2026: Cara Maksimumkan Cuti
Tahun 2026 menawarkan beberapa peluang keemasan untuk anda mendapatkan cuti panjang dengan memohon cuti tahunan (AL) yang minima. Berikut adalah strateginya:
- Tahun Baharu Cina (Februari): Jatuh pada Selasa & Rabu. Ambil cuti pada Isnin (16 Feb), anda akan dapat cuti panjang 5 hari (Sabtu-Rabu).
- Hari Pekerja (Mei): Jatuh pada Jumaat. Automatik cuti panjang 3 hari (Jumaat-Ahad).
- Hari Keputeraan Agong (Jun): Jatuh pada Isnin. Automatik cuti panjang 3 hari (Sabtu-Isnin).
- Hari Kebangsaan (Ogos): Jatuh pada Isnin. Automatik cuti panjang 3 hari (Sabtu-Isnin).
- Hari Krismas (Disember): Jatuh pada Jumaat. Automatik cuti panjang 3 hari (Jumaat-Ahad).
Soalan Lazim (FAQ) Cuti Umum 2026
Bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026?
Negeri manakah yang bercuti pada 1 Januari 2026?
Bilakah tarikh Hari Wesak 2026?
Adakah Hari Thaipusam 2026 cuti bagi semua negeri?
Penafian: Tarikh-tarikh di atas adalah berdasarkan Warta Kerajaan dan info Kabinet setakat kemaskini Januari 2026. Sebarang perubahan tarikh (khususnya perayaan agama yang bergantung kepada anak bulan) akan dikemaskini dari semasa ke semasa.




