Semakan e Tunai RM100 merupakan topik yang sering dicari oleh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui status kelayakan dan cara mendapatkan bantuan e-Tunai Madani. Bantuan ini diberikan kepada golongan tertentu untuk meringankan beban kewangan dalam membeli barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan e-Tunai RM100? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Baca juga : Bantuan Tunai Kerajaan
APA ITU SEMAKAN E TUNAI RM100
Semakan e Tunai RM100 merujuk kepada proses menyemak status kelayakan penerimaan bantuan tunai tanpa tunai yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan ini adalah sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang bertujuan membantu golongan B40 dan M40 mendapatkan keperluan harian tanpa perlu menggunakan wang fizikal.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SEMAKAN E TUNAI RM100
Untuk melayakkan diri menerima bantuan e-Tunai RM100, pemohon mestilah:
- Warganegara Malaysia.
- Menetap di mana-mana negeri di Malaysia.
- Berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data eKasih sebagai Miskin Tegar atau Miskin.
CARA SEMAKAN E TUNAI RM100
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima e-Tunai RM100, semakan boleh dibuat melalui portal rasmi yang disediakan:
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik pautan log masuk MyKasih: https://www.mykasih.com.my/
- Pilih menu [Semak Status].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan.
- Masukkan kod Captcha yang terpapar.
- Klik [Semak Status] dan lihat keputusan kelayakan.
Kategori Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik pautan log masuk MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan dan klik [Semakan Status].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
JUMLAH BAYARAN E TUNAI RM100
Bantuan e-Tunai akan diberikan secara bulanan mengikut kategori penerima seperti berikut:
Kategori Penerima | Kadar Bulanan (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Miskin Tegar & eKasih) | RM100 sebulan (Bermula Januari 2025) |
Isi Rumah (Penerima STR 2025 – Bukan eKasih) | RM100 sebulan (Bermula April 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin Tegar & eKasih) | RM100 sebulan (Bermula Januari 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan (Penerima STR 2025 – Bukan eKasih) | RM50 sebulan (Bermula April 2025) |
Bujang (Miskin Tegar & eKasih) | RM50 sebulan (Bermula Januari 2025) |
RUJUKAN DAN PERTANYAAN
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai bantuan e-Tunai RM100, sila hubungi pihak yang berkenaan:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel: info@mykasih.com
PENAFIAN
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi informasi mengenai bantuan e-Tunai RM100 dan tidak memungut sebarang data peribadi pengguna. Semua maklumat dikongsi berdasarkan sumber rasmi bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan.