Bantuan Raya 2025 RM300 merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu bagi membantu rakyat yang layak menerima bantuan kewangan menjelang Aidilfitri. Semakan status kelayakan bantuan ini boleh dilakukan secara atas talian bagi memastikan penerima memenuhi syarat yang ditetapkan.
Bantuan ini diberikan secara one-off RM300 kepada golongan B40 dan sebahagian M40 rendah. Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi i-Bantuan Terengganu dengan melengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN RAYA RM300 2025
Permohonan bantuan ini dijangka dibuka dalam tempoh terdekat berdasarkan pelaksanaan tahun sebelumnya. Oleh itu, rakyat Terengganu yang layak disarankan untuk bersedia dengan dokumen yang diperlukan sementara menunggu pengumuman rasmi.
Bantuan Raya 2025 juga mungkin ditawarkan kepada rakyat Malaysia selain Bantuan Raya Terengganu. Semak syarat kelayakan dan cara permohonan untuk mengetahui bantuan yang tersedia.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAYA RM300 2025
Bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan ini, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Terengganu yang menetap dan beralamat di negeri tersebut
- Pengundi berdaftar di Terengganu
- Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU)
- Ketua Isi Rumah (KIR) dengan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500
KATEGORI PEKERJAAN YANG LAYAK MOHON BANTUAN RAYA RM300
Bantuan ini mensasarkan golongan tertentu yang benar-benar memerlukan. Kategori pekerjaan yang layak termasuk:
- Peniaga kecil: Layak sekiranya pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 dan disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
- Pekerja swasta: Layak sekiranya pendapatan memenuhi syarat KIR.
- Pekerja tidak tetap: Perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh penghulu mukim atau Pengerusi JPKK.
Selain bantuan ini, terdapat juga Bantuan MySalam yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BANTUAN RAYA BAYARAN RM300 2025
Untuk memohon bantuan ini, sila ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi i-Bantuan Terengganu.
- Klik pada pilihan Daftar untuk pendaftaran baharu.
- Isikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Log masuk ke sistem menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
- Lengkapkan maklumat profil termasuk maklumat peribadi, tanggungan, dan pendapatan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan dan slip gaji.
- Semak maklumat yang dimasukkan dan hantar permohonan.
- Cetak dan simpan salinan permohonan untuk rujukan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN RAYA
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Slip gaji atau slip pencen terkini.
- Surat Akuan Pendapatan bagi pemohon tanpa slip gaji.
- Pengesahan daripada JPKK bagi peniaga kecil.
PANDUAN SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RAYA RM300
Untuk menyemak status kelayakan penerima, sila ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi i-Bantuan Terengganu.
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik pada bahagian Semakan Status.
- Maklumat kelayakan akan dipaparkan.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Hari Raya 2025, sila rujuk portal rasmi:
- Portal i-Bantuan Terengganu
- Bantuanbaru.my – Info bantuan kerajaan terkini
PENAFIAN
Maklumat ini dikongsikan untuk tujuan penyebaran informasi dan rujukan pengguna sahaja. Kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi atau bayaran daripada pembaca. Sila rujuk laman web rasmi kerajaan untuk maklumat terkini dan sahih.
Keperluan menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan Hasil dari Felcra cuma 800sbulan paras miskin tegar.
Assalamualaikum saya seorang buruh dari negeri Sarawak selalu hendak memohon E kasih susah dan bermacam alasan pejabat daerah tempat kami tinggal dan masa in saya sakit 3 serangkai dan tak mampu berkeja dan tidak mempunyai rumah sendiri hanya menumpang di rumah saudara layak kah saya menerima bantuan ini dan banyak orang yang lagi senang dari saya banyak yang dapat eKasih tidak adil bagi saya kerana saya betul betul hasnap dan katogeri miskin tegar dan pemimpin dan ketua kampung saya selalu pilih kasih apabila ada bantuan dan derma dari pihak tertentu kalau boleh saya mintak sangat sangat bantuan dan pertolongan untuk memohon E kasih melalui online terima kasih
Saya baru nk daftar!?mcm mana caram nk daftar bqntuan ekasih dn bantuan lain2
Gaji rm 700