Renew lesen online kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mahukan proses yang mudah, pantas dan tidak perlu beratur panjang di kaunter JPJ. Dengan kemudahan aplikasi MyJPJ dan portal rasmi MySikap, proses perbaharui lesen memandu boleh dilakukan hanya di hujung jari!
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan secara terperinci panduan lengkap untuk renew lesen memandu secara online termasuk harga, tempoh maksimum pembaharuan, serta cara daftar MyJPJ dan MySikap. Pastikan anda baca sampai habis supaya tidak terlepas sebarang info penting!
Inisiatif e-Lesen Memandu Malaysia (e-LMM) 2024
Bermula 1 Februari 2024, pengguna yang memilih untuk memperbaharui lesen secara digital melalui e-LMM akan menerima rebat RM5. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada galakan kerajaan untuk beralih ke sistem tanpa cetakan fizikal.
- Rebat sah sepanjang 1 Februari 2024 hingga 31 Disember 2024
- Terpakai untuk pembaharuan melalui MyJPJ, MySikap, kaunter JPJ, MyEG & Pejabat Pos
- Hanya sah untuk warganegara Malaysia
Pembaharuan lesen digital hanya sah digunakan dalam negara. Untuk ke luar negara, salinan fizikal perlu dimohon di JPJ dengan bayaran RM20.
Harga Renew Lesen Memandu Terkini
- RM30 setahun
- RM270 untuk 10 tahun (bayaran khas – tahun ke-10 percuma)
Renew lesen 10 tahun hanya sah bagi lesen yang tamat tempoh tidak melebihi 1 tahun.
Cara Daftar Aplikasi MyJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Playstore atau App Store
- Isi maklumat seperti No. KP, Nama, No Telefon & Emel
- Masukkan No Siri Lesen Memandu (rujuk belakang lesen)
- Jawab 3 soalan keselamatan dan semak emel untuk password sementara
- Log masuk dan tukar kata laluan baharu
Selesai! Kini anda boleh semak lesen, saman dan roadtax dalam aplikasi.
Cara Renew Lesen Online Guna Aplikasi MyJPJ
- Buka aplikasi MyJPJ > Klik “Profil”
- Pilih “Lesen Memandu Kompeten” > Klik “Pembaharuan”
- Pilih jenis lesen, tempoh, dan mod bayaran
- Bayar guna kad kredit / debit / FPX
- Resit bayaran akan dipaparkan. Simpan untuk rujukan
Renew lesen dan roadtax kini lebih mudah melalui MyJPJ bermula 1 Februari 2024.
Cara Renew Lesen Memandu Online Guna Portal MySikap
- Layari: https://public.jpj.gov.my
- Login guna No IC dan kata laluan
- Pergi ke Menu “Lesen Memandu” > Pilih “Pembaharuan Lesen Memandu”
- Pilih “Lesen Memandu Kompeten” dan tempoh
- Semak jumlah bayaran, klik “Bayar”
- Guna kad kredit atau FPX (pastikan popup dibenarkan)
- Setelah berjaya, anda boleh cetak lesen digital atau ambil salinan fizikal di JPJ
Untuk cetak lesen digital, buka MyJPJ > Profil > Klik “Jana Semula”. Lesen anda akan dipaparkan dalam aplikasi.
Kelebihan Renew Lesen Secara Digital
- Tiada lagi keperluan cetakan kad fizikal
- Jimat masa & tenaga – tak perlu beratur di kaunter
- Rebat RM5 untuk pengguna e-LMM
- Boleh akses melalui telefon – sesuai bila kena tahan roadblock
Lesen Memandu Percuma Untuk Belia
Tahukah anda? Kerajaan juga menyediakan lesen memandu percuma kepada golongan belia B40 yang layak. Program ini diumumkan dalam Belanjawan dan dilaksanakan melalui JPJ serta institut memandu berdaftar.
Jika anda berumur antara 18 hingga 25 tahun dan masih belum ada lesen memandu, inilah peluang terbaik anda untuk mohon secara percuma.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bolehkah renew lesen yang tamat lebih 1 tahun?
Boleh, tetapi tidak layak untuk pembaharuan 10 tahun. Kena renew secara tahunan biasa.
2. Adakah saya perlu cetak lesen selepas bayar secara online?
Tidak perlu jika guna e-LMM. Lesen anda boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ.
3. Adakah lesen digital sah digunakan?
Ya, lesen digital sah digunakan dalam Malaysia dan akan diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Kesimpulan
Dengan kemudahan renew lesen online melalui MyJPJ dan MySikap, semua urusan kini jadi lebih efisien dan cepat. Tambahan pula, adanya inisiatif seperti e-LMM dan program lesen percuma, rakyat Malaysia dapat menjimatkan masa dan wang tanpa kompromi terhadap kesahihan dokumen.
Layari bantuanbaru.my untuk info lanjut berkaitan program lesen percuma dan bantuan-bantuan terkini yang lain!