Berminat Jadi Polis? Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2025 Kini DIBUKA!

Permohonan jawatan kosong PDRM 2025 kini dibuka untuk individu berkelayakan yang berminat menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Polis Gred Y7. Artikel ini menerangkan syarat penuh, kelayakan akademik, tarikh permohonan serta panduan cara mohon secara online melalui portal rasmi epengambilan PDRM.

Ramai graduan Ijazah Sarjana Muda dan pemegang kelayakan profesional yang masih belum tahu bahawa permohonan jawatan Inspektor Polis kini dibuka dari 21 Mei hingga 5 Jun 2025. Iklan rasmi telah disiarkan di laman sosial Unit Pengambilan PDRM dan melalui portal ePengambilan.

Syarat Permohonan Jawatan Inspektor Polis

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun bagi Ijazah Sarjana Muda, 30 tahun bagi Sarjana, dan 35 tahun bagi PhD
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau kelayakan setaraf yang diiktiraf
  • Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf

Kelayakan Akademik & Gaji Permulaan

Berikut senarai kelayakan akademik yang diterima berserta gaji permulaan Gred Y7:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian: RM2,710.00
  • Ijazah Undang-undang: RM2,867.00
  • Ijazah Kejuruteraan: RM3,024.00
  • Ijazah Veterinar: RM3,181.00
  • Ijazah Perakaunan / Ahli Badan Ikhtisas: RM3,338.00 – RM3,495.00
  • Ijazah Sarjana / PhD dalam bidang berkaitan: RM3,338.00 – RM3,652.00

Syarat Tambahan Akademik

  • PNGK minimum 3.00 (Ijazah Sarjana Muda Kepujian); atau
  • PNGK minimum 2.50 (Ijazah Undang-undang, Kejuruteraan, Perakaunan atau Teknologi Maklumat)

Kelayakan Fizikal & Pancaindera

  • Tinggi minimum: 1.63m (lelaki), 1.57m (wanita)
  • Berat minimum: 50kg (lelaki), 48kg (wanita)
  • BMI: Antara 19 hingga 26
  • Ukuran dada (lelaki): 81cm biasa, 86cm tarik nafas
  • Penglihatan: Lulus ujian mata V6/9
  • Tiada masalah pendengaran atau kecacatan fizikal

Faedah & Imbuhan Jawatan

Pemohon yang berjaya akan menikmati faedah berikut:

  • Elaun Khidmat
  • Elaun Sara Hidup / Bayaran Imbuhan Wilayah
  • Bayaran Insentif Khas PDRM
  • Elaun Perumahan
  • Lain-lain elaun mengikut jabatan

Maklumat Jawatan Kosong PDRM Gred Y7

Jawatan ini adalah dalam kumpulan perkhidmatan Pengurusan & Profesional dengan taraf jawatan tetap. Permohonan terbuka kepada lelaki dan wanita warganegara Malaysia yang menepati syarat kelayakan akademik serta fizikal.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Jawatan: Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki/Wanita)
Tarikh Permohonan: 21 Mei 2025 hingga 5 Jun 2025

Untuk Jawatan Kosong Kerajaan lain, sila klik di pautan tersebut.

jawatan kosong polis pdrm

Cara Mohon Jawatan Polis 2025 Secara Online

Permohonan hanya boleh dibuat di laman rasmi ePengambilan PDRM:

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Langkah permohonan:

  1. Log masuk ke portal ePengambilan
  2. Kemaskini maklumat peribadi dan akademik
  3. Pilih menu ‘Permohonan Polis’ → ‘Permohonan Baru’
  4. Sahkan maklumat & hantar borang
  5. Notifikasi berjaya akan dipaparkan

Maklumat Lanjut & Perhatian

  • Pastikan maklumat peribadi & akademik adalah terkini
  • Permohonan selepas 5 Jun 2025 tidak akan diterima
  • Sebaiknya mohon lebih awal untuk elak gangguan sistem

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-22668347 / 8348 / 8350.

Rumusan

Ini peluang keemasan untuk graduan Ijazah dan profesional menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Pegawai Inspektor. Gaji permulaan sehingga RM3,652 sebulan ditawarkan berdasarkan kelayakan akademik. Permohonan dibuka sehingga 5 Jun 2025 dan hanya boleh dibuat melalui portal rasmi ePengambilan PDRM.

Layari segera: epengambilanpdrm.rmp.gov.my dan hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup.

1 thought on “Berminat Jadi Polis? Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2025 Kini DIBUKA!”

Leave a Comment