Mohon Sekarang! Jawatan Kosong Imigresen 2025 Gaji Lumayan

Jawatan kosong Imigresen 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang layak bagi mengisi jawatan Penolong Jurutera Gred JA5. Permohonan dibuka di bawah skim kontrak MySTEP dengan gaji permulaan sehingga RM1,900.

Artikel ini akan terangkan cara mohon kerja Imigresen, syarat kelayakan terkini, gaji Penolong Jurutera, borang permohonan, serta pautan rasmi ke Jabatan Imigresen Malaysia.

Info Jawatan Kosong Imigresen

Jabatan Imigresen Malaysia mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak sebagai Penolong Jurutera Gred JA5 bagi tahun 2025. Jawatan ini dibuka melalui skim Personel MySTEP yang memberi peluang pekerjaan jangka pendek dengan manfaat caruman KWSP dan PERKESO serta pengalaman kerja di jabatan kerajaan.

Bidang Tugas Penolong Jurutera JA5

  • Menjalankan pemeriksaan teknikal dan penyelenggaraan fasiliti jabatan
  • Membantu Jurutera dalam kerja-kerja penyeliaan projek kejuruteraan
  • Menyediakan laporan teknikal dan pelan kejuruteraan asas
  • Menyokong pelaksanaan projek pembangunan dan naik taraf sistem

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun
  • Memiliki Sijil Kejuruteraan dari institusi diiktiraf kerajaan (Gaji permulaan RM1,700)
  • ATAU Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan (Gaji permulaan RM1,900)
  • Sanggup bekerja di bawah skim kontrak Personel MySTEP

Cara Memohon Jawatan Kosong Imigresen

Calon perlu menghantar permohonan melalui emel rasmi jabatan. Sediakan dokumen berikut:

  • Resume lengkap (PDF/Word)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil akademik & kelayakan profesional
  • Maklumat untuk dihubungi

Emel permohonan: bpsm_jimpp@imi.gov.my
Tarikh tutup permohonan: 17 April 2025 (Khamis)

Maklumat Penting

  • Calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  • Tiada sebarang tuntutan bayaran dibenarkan semasa proses permohonan
  • Jika tiada makluman dalam 14 hari selepas tarikh tutup, anggap permohonan tidak berjaya

Kenapa Perlu Rebut Peluang Ini?

Jawatan Penolong Jurutera di Jabatan Imigresen memberi peluang untuk bekerja secara langsung dengan agensi penguatkuasaan sempadan negara. Anda bukan sahaja menerima elaun tetap tetapi juga memperoleh pengalaman teknikal yang berharga dalam sistem kerajaan. Ia juga memberi peluang sambung ke jawatan tetap jika ada kekosongan dan prestasi anda cemerlang.

Tips Lulus Temuduga

  • Fahamkan fungsi dan struktur organisasi Imigresen Malaysia
  • Berlatih jawab soalan berkaitan tugas teknikal & isu keselamatan semasa
  • Tunjukkan kesungguhan serta sikap tanggungjawab tinggi
  • Sediakan salinan dokumen lengkap semasa temuduga

Pautan Berkaitan

Leave a Comment