Bantuan eWallet RM200 untuk bulan Ogos 2025 kini mula dikreditkan secara rasmi ke dalam MyKad penerima. Ramai penerima kategori B40 dan M40 sudah mula menerima notifikasi serta berjaya menggunakan MyKad mereka di pasar raya berdaftar. Artikel ini akan kongsikan panduan lengkap cara semak nama, syarat kelayakan, senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli, serta jadual bayaran rasmi untuk bulan Ogos.
Ramai Tak Sedar Duit eWallet Tengah Masuk – Check Cepat!
eWallet RM200 Ogos 2025: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Bantuan eWallet Ogos 2025 merupakan kesinambungan daripada program MyKasih SARA yang diperkenalkan kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia. Setiap penerima layak akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 yang dimasukkan terus ke dalam cip MyKad, tanpa perlu ada aplikasi tambahan.
Siapa Yang Layak Terima eWallet RM200 Ogos 2025?
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Warganegara Malaysia dengan MyKad sah
- Nama tersenarai dalam sistem eKasih sebagai miskin atau miskin tegar
- Isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan M40 tertentu
Cara Semak Nama Dalam Senarai Penerima Ogos 2025
- Layari portal rasmi MyKasih: www.mykasih.com.my
- Pilih menu “Semak Status Program”
- Masukkan nombor MyKad anda tanpa simbol (-)
- Sahkan captcha dan tekan butang “Semak”
- Status bantuan akan dipaparkan sama ada “Layak” atau “Tiada Rekod”
Cara Guna & Tebus Bantuan RM200 eWallet Dalam MyKad
Ramai penerima STR yang layak tidak tahu MyKad mereka kini sudah berfungsi sebagai kad bantuan tanpa tunai. Kredit RM200 ini boleh digunakan terus di pasar raya rakan niaga MyKasih.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- 1. Semak Status: Log masuk portal MyKasih untuk pastikan status lulus.
- 2. Guna di Kedai Panel: Bawa MyKad ke kedai seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, atau 99 Speedmart.
- 3. Bayar di Kaunter: Maklumkan kepada juruwang untuk gunakan “MyKasih” sebagai kaedah bayaran.
- 4. Had Pembelian: Kredit hanya boleh digunakan untuk barangan asas tertentu.
- 5. Habis Sebelum Tamat Bulan: Baki Ogos 2025 tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Guna eWallet RM200
Bantuan ini hanya untuk barang asas yang diluluskan kerajaan. Antara barangan yang boleh dibeli ialah:
- Beras, telur, minyak masak, roti
- Susu bayi, makanan tin, mi segera
- Sabun, syampu, pencuci, ubat gigi
- Barang persekolahan dan ubat-ubatan asas
📌 Senarai penuh boleh rujuk di sini: Senarai Barang MyKasih
Jumlah & Tempoh Bantuan Ogos 2025
Kategori Penerima | Jumlah Bulanan | Tempoh |
---|---|---|
Isi Rumah (eKasih) | RM200 | April – Disember 2025 |
Warga Emas (eKasih) | RM150 | April – Disember 2025 |
Bujang (eKasih) | RM50 | Januari – Disember 2025 |
Isi Rumah (Bukan eKasih) | RM100 | April – Disember 2025 |
Warga Emas (Bukan eKasih) | RM50 | April – Disember 2025 |
Masalah Biasa & Cara Selesaikan
- MyKad gagal discan: Tukar cip MyKad di JPN berdekatan.
- Tiada kedai panel berdekatan: Semak senarai lokasi rasmi di portal MyKasih.
- Status tidak lulus: Data dikemaskini berperingkat, semak semula bulan berikutnya.
Maklumat Rasmi & Rujukan
Rumusan
Bantuan eWallet RM200 bagi bulan Ogos 2025 adalah peluang besar untuk rakyat B40 dan M40 mengurangkan beban harian. Pastikan anda semak status segera di portal rasmi MyKasih, gunakan sepenuhnya sebelum hujung bulan, dan rujuk senarai barangan yang dibenarkan. Jangan lepaskan hak anda kerana baki bulanan tidak akan dibawa ke hadapan.
Bolh ka Sya mohon ini..bagi mana nak detar nya
Malaysia Maju
Saya berstatus OKU klu saya memohon bantuan ni boleh lulus ka permohonan saya. saya sudah pergi ke pejabat eKasih mengisi borang.. yang peliknya saya tak di kategorikan sebagai miskin dan miskin tegar.. kenapa macam tu deorang tak buat kerja ke kakitangan eKasih ni.. sedang kan orang lain ada kereta lulus permohonan eKasih deorang.. saya orang susah.. tak berharta.. tiada kereta.. tiada rumah.. tidak di luluskan borang eKasih yang saya isi sebab tidak di kategorikan miskin dan miskin tegar.. pihak eKasih tidak buat kerja ka dan pegawai eKasih tidak check ka data duit simpanan deorang di semua bank, harta, pelaburan DLL setiap orang mengisi borang eKasih ni..
Saya
I have STR(2025) and only received Rm 100and why not Rm 200 on my my card.