Ramai rakyat Malaysia tak sedar bahawa mereka mungkin layak terima bantuan bulanan RM50 hingga RM200 secara automatik melalui MyKad masing-masing. Artikel ini akan bantu anda semak kelayakan terkini program eWallet Madani (SARA 2025) dan cara guna kredit dalam MyKad untuk beli barangan asas harian.
Bantuan ini disalurkan secara automatik jika anda tersenarai dalam STR 2025 dan data eKasih. Ia boleh digunakan di pasar raya berdaftar melalui sistem MyKasih – tanpa perlu keluarkan wang tunai!
💳 Ramai Tak Sedar Duit eWallet Tengah Masuk – Check Cepat!
Apa Itu eWallet Madani dalam MyKad?
eWallet Madani adalah nama tidak rasmi bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam bentuk kredit bulanan ke cip MyKad. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas seperti beras, roti, minyak masak, ubat-ubatan dan sabun.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama platform MyKasih dan menyasarkan isi rumah B40 serta M40 yang layak menerima STR.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppJumlah Bantuan eWallet MyKad Mengikut Kategori
Kategori | Jumlah (Jan–Mac) | Jumlah (Apr–Dis) |
---|---|---|
Isi Rumah (eKasih) | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tanpa Pasangan (eKasih) | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang (eKasih) | RM50/bulan | RM50/bulan |
Isi Rumah (Bukan eKasih) | – | RM100/bulan |
Warga Emas (Bukan eKasih) | – | RM50/bulan |
Cara Semak Status Bantuan eWallet Madani
Semakan boleh dibuat melalui dua portal rasmi:
- MyKasih: www.mykasih.com.my
- Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah semakan MyKasih:
- Layari laman www.mykasih.com.my
- Klik “Semak Status Program”
- Masukkan nombor MyKad dan captcha
- Tekan “Semak” dan lihat status bantuan SARA
Senarai Barang Yang Boleh Dibeli Guna MyKad
Hanya barangan asas sahaja boleh dibeli menggunakan kredit SARA dalam MyKad, termasuk:
- Beras, tepung, minyak masak, telur
- Roti, biskut, mi segera, makanan tin
- Sabun, syampu, pencuci, ubat gigi
- Susu bayi dan produk kebersihan
Barangan seperti rokok, kosmetik mahal, barang elektrik dan makanan ringan TIDAK dibenarkan.
Senarai Barang MyKasih – Semak Sini
Syarat Kelayakan Bantuan SARA MyKad 2025
Anda layak jika memenuhi mana-mana kriteria berikut:
- Penerima STR 2025
- Tersenarai dalam eKasih sebagai miskin atau miskin tegar
- Pemegang MyKad yang aktif
- Bukan penerima bantuan bertindih (e.g. eMadani)
Cara Guna Kredit Dalam MyKad
- Datang ke pasar raya berdaftar (Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, 99 Speedmart)
- Pilih barangan asas yang dibenarkan
- Scan MyKad di kaunter khas MyKasih
- RM100–RM200 akan ditolak terus dari cip MyKad
Baki setiap bulan tidak dibawa ke bulan seterusnya. Gunakan sepenuhnya sebelum tamat bulan tersebut.
Soalan Lazim
- S: Perlu mohon ke?
J: Tidak perlu. Penerima akan dimasukkan secara automatik jika layak STR & eKasih. - S: Boleh keluarkan duit tunai?
J: Tidak boleh. Kredit hanya boleh digunakan di kaunter MyKasih. - S: Boleh bawa baki ke bulan depan?
J: Tidak. Baki akan hangus jika tidak digunakan.
Maklumat Rasmi & Rujukan
Rumusan
Program eWallet Madani dalam MyKad merupakan inisiatif penting kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi tekanan kos sara hidup. Pastikan anda semak kelayakan dan guna sepenuhnya setiap bulan. Jangan biarkan baki bantuan anda hangus begitu sahaja!
Saya layak tak??(O.k.u.) Physical..
很好
Saya pun tak pernah masuk duit e-wallet.. duit Sy mana pegi
No, 120 Jalan Besar Telemong 28620 Karak Pahang .