Affin Online: Cara Login, Daftar & Cetak Penyata Bank Anda

Affin Online ialah perkhidmatan perbankan internet rasmi daripada Affin Bank yang membolehkan anda login, buat transaksi dan cetak penyata akaun hanya melalui komputer atau telefon. Artikel ini tunjukkan cara daftar Affin Online, aktifkan kali pertama, login tanpa masalah serta panduan lengkap cetak e-statement Affin Bank dengan mudah.

Anda boleh guna sama ada laman web rasmi rib.affinalways.com atau aplikasi AffinSecure dan AffinMAX untuk akses perbankan digital anda. Proses pendaftaran juga boleh dibuat di ATM atau kaunter.

Apakah Itu Affin Online?

Affin Online ialah sistem internet banking yang membolehkan pelanggan Affin Bank mengakses akaun mereka secara dalam talian. Anda boleh semak baki, transfer duit, bayar bil, langgan e-statement, dan urus transaksi harian terus dari rumah. Tiada lagi perlu ke cawangan.

Cara Daftar Akaun Affin Online

Anda boleh daftar akaun perbankan internet Affin melalui tiga cara:

1. Daftar di Mesin ATM

  1. Kunjungi mana-mana ATM Affin Bank
  2. Masukkan kad ATM & PIN anda
  3. Pilih “Transaksi Lain” > “Daftar Perbankan Internet”
  4. Tekan “Setuju”
  5. Tetapkan Username dan Password

2. Daftar di Kaunter Cawangan

Bawa kad pengenalan dan kad ATM ke cawangan Affin Bank terdekat. Minta bantuan pegawai untuk daftar akaun perbankan internet Affin Online.

Cara Aktifkan Affin Online Kali Pertama

  1. Layari: rib.affinonline.com/retail
  2. Klik “First Time Login”
  3. Masukkan nombor kad, jenis ID dan nombor ID
  4. Mohon TAC dan masukkan kod TAC yang diterima
  5. Pilih Imej Sekuriti & lengkapkan soalan cabaran

Cara Login Affin Online

  1. Layari rib.affinalways.com
  2. Masukkan Username dan Password anda
  3. Sahkan Secure Word dan Secure Image
  4. Klik “Login” dan anda akan dibawa ke dashboard

Cetak Penyata Affin Bank Secara Online

Untuk cetak penyata atau statement akaun anda:

  1. Login ke rib.affinalways.com
  2. Pilih menu “Services” > “e-Statement”
  3. Klik “Download e-Statement”
  4. Pilih akaun dan tarikh statement yang diperlukan
  5. Muat turun PDF dan cetak menggunakan printer

Cetak Penyata Mini Affin Bank di ATM

Anda juga boleh dapatkan penyata ringkas (mini statement) melalui ATM:

  1. Masukkan kad ATM Affin
  2. Pilih “Lain-lain Urusniaga” > “Lain-lain Perkhidmatan”
  3. Pilih “Penyata Ringkas”
  4. Tunggu ATM cetak slip penyata

Muat Turun Aplikasi AffinSecure & AFFINMAX

  • AffinSecure: Untuk login selamat & transaksi
  • AFFINMAX Mobile: Untuk semakan & penyata melalui telefon

Apps ini boleh dimuat turun melalui:

Penting Ke Guna e-Statement Affin Bank?

e-Statement diperlukan untuk:

  • Permohonan loan rumah, kereta & pinjaman peribadi
  • Pengesahan pendapatan untuk urusan rasmi
  • Rekod kewangan peribadi & audit syarikat

Biasanya bank minta penyata 3 hingga 6 bulan terkini dalam format rasmi PDF. Penyata mini TIDAK diterima untuk tujuan rasmi.

Masalah Login & Solusinya

Jika tak boleh login Affin Online:

  • Username / password salah: Reset di laman login
  • Akaun terkunci: Hubungi 03-8230 2222 untuk buka semula
  • Tak terima TAC: Pastikan nombor telefon aktif & betul

Alternatif Lain Untuk Perbankan Online

Rumusan

Affin Online memudahkan semua urusan perbankan anda tanpa perlu ke cawangan. Anda boleh daftar dan aktifkan akaun dalam masa kurang 5 minit, login dari web atau app, serta cetak penyata untuk kegunaan rasmi. Jangan lupa aktifkan AffinSecure atau AFFINMAX untuk transaksi lebih selamat dan pantas.

Leave a Comment