Kalendar Cuti Umum 2026 & Takwim Cuti Sekolah Malaysia (Rasmi)

Senarai penuh Cuti Umum 2026 dan Takwim Persekolahan KPM kini rasmi dikeluarkan. Rancang percutian anda dengan bijak menggunakan kalendar terkini Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri yang telah diwartakan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk rujukan semua rakyat Malaysia.

Perancangan awal adalah kunci kepada penjimatan kos percutian dan kualiti masa bersama keluarga. Dengan terbitnya jadual rasmi daripada Bahagian Kabinet JPM, anda kini boleh mula menanda kalendar bagi merebut peluang “Long Weekend” atau cuti panjang yang bakal tiba pada tahun 2026. Artikel ini menyediakan panduan lengkap merangkumi tarikh cuti umum, cuti peristiwa mengikut negeri, dan takwim rasmi sekolah KPM.

Jangan lupa juga tentang pengemuman tarikh rasmi STR Fasa 1 2026 baru-baru ini.

Kalendar Cuti Umum Malaysia 2026 (Mengikut Bulan)

Berikut adalah senarai rasmi Hari Kelepasan Am bagi tahun 2026 yang disusun mengikut kronologi bulan untuk memudahkan rujukan anda:

jadual hari kelepasan am cuti

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Januari 2026

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
1 Jan (Khamis)Tahun Baharu 2026Semua Negeri (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
14 Jan (Rabu)Hari Keputeraan YDPB N.SembilanNegeri Sembilan Sahaja
17 Jan (Sabtu)Israk dan MikrajKedah, N.Sembilan, Perlis & Terengganu

Februari 2026 (Tahun Baru Cina)

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
1 Feb (Ahad)Hari Wilayah PersekutuanKL, Labuan & Putrajaya
1 Feb (Ahad)Hari ThaipusamKL, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor
17 Feb (Selasa)Tahun Baharu Cina (Hari 1)Semua Negeri
18 Feb (Rabu)Tahun Baharu Cina (Hari 2)Semua Negeri
19 Feb (Khamis)Awal RamadanJohor & Kedah Sahaja
20 Feb (Jumaat)Hari Perisytiharan KemerdekaanMelaka Sahaja

Mac 2026 (Aidilfitri)

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
7 Mac (Sabtu)Nuzul Al-QuranSemua Negeri (Kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah & Sarawak)
21 Mac (Sabtu)Hari Raya Aidilfitri (Hari 1)Semua Negeri
22 Mac (Ahad)Hari Raya Aidilfitri (Hari 2)Semua Negeri
23 Mac (Isnin)Hari Keputeraan Sultan JohorJohor Sahaja

Mei 2026 (Wesak & Aidiladha)

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
1 Mei (Jumaat)Hari PekerjaSemua Negeri
27 Mei (Rabu)Hari Raya Haji (Hari 1)Semua Negeri
30 Mei (Sabtu)Pesta KaamatanSabah & Labuan
31 Mei (Ahad)Hari WesakSemua Negeri

Jun 2026

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
1 Jun (Isnin)Hari Keputeraan YDPA AgongSemua Negeri
1 Jun (Isnin)Hari GawaiSarawak Sahaja
17 Jun (Rabu)Awal MuharamSemua Negeri

Ogos & September 2026 (Bulan Kebangsaan)

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
25 Ogos (Selasa)Maulidur RasulSemua Negeri
31 Ogos (Isnin)Hari KebangsaanSemua Negeri
16 Sep (Rabu)Hari MalaysiaSemua Negeri

Oktober, November & Disember 2026

Tarikh & HariCuti / PerayaanNegeri Terlibat
8 Nov (Ahad)DeepavaliSemua Negeri (Kecuali Sarawak)
25 Dis (Jumaat)Hari KrismasSemua Negeri

Takwim Cuti Sekolah 2026 (KPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membahagikan sesi persekolahan kepada dua kumpulan negeri. Sila pastikan anda merujuk kumpulan yang betul untuk mengelakkan kekeliruan tarikh cuti penggal anak-anak anda.

Pembahagian Kumpulan Sekolah

  • KUMPULAN A (Cuti Jumaat & Sabtu): Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor.
  • KUMPULAN B (Cuti Sabtu & Ahad): Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Perlis, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak.

kalendar cuti kumpulan a

Kalendar cuti kumpulan b

cuti sekolah

Jadual Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun 2026

Berikut adalah tarikh penting yang perlu ibu bapa tahu:

  1. Cuti Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026
  2. Cuti Pertengahan Tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026 (Cuti Panjang)
  3. Cuti Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026
  4. Cuti Akhir Persekolahan: 5 Disember – 31 Disember 2026 (Cuti Akhir Tahun)

Tips Ibu Bapa: Cuti Pertengahan Tahun (Mei-Jun) dan Cuti Akhir Tahun (Disember) adalah waktu puncak (peak season) untuk melancong. Sila buat tempahan hotel dan tiket penerbangan seawal 3-6 bulan sebelum tarikh tersebut.

Tips “Long Weekend” 2026: Cara Maksimumkan Cuti

Tahun 2026 menawarkan beberapa peluang keemasan untuk anda mendapatkan cuti panjang dengan memohon cuti tahunan (AL) yang minima. Berikut adalah strateginya:

  • Tahun Baharu Cina (Februari): Jatuh pada Selasa & Rabu. Ambil cuti pada Isnin (16 Feb), anda akan dapat cuti panjang 5 hari (Sabtu-Rabu).
  • Hari Pekerja (Mei): Jatuh pada Jumaat. Automatik cuti panjang 3 hari (Jumaat-Ahad).
  • Hari Keputeraan Agong (Jun): Jatuh pada Isnin. Automatik cuti panjang 3 hari (Sabtu-Isnin).
  • Hari Kebangsaan (Ogos): Jatuh pada Isnin. Automatik cuti panjang 3 hari (Sabtu-Isnin).
  • Hari Krismas (Disember): Jatuh pada Jumaat. Automatik cuti panjang 3 hari (Jumaat-Ahad).

Soalan Lazim (FAQ) Cuti Umum 2026

Bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026?

Berdasarkan kalendar, Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad) 2026. Tarikh sebenar tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

Negeri manakah yang bercuti pada 1 Januari 2026?

Cuti Tahun Baharu 1 Januari adalah cuti umum bagi semua negeri KECUALI Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

 

Bilakah tarikh Hari Wesak 2026?

Hari Wesak bagi tahun 2026 jatuh pada 31 Mei (Ahad). Memandangkan ia jatuh pada hari Ahad, kebiasaannya hari Isnin akan menjadi cuti gantian bagi negeri-negeri Kumpulan B.

 

Adakah Hari Thaipusam 2026 cuti bagi semua negeri?

Tidak. Cuti Thaipusam (1 Februari 2026) hanya melibatkan WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Penafian: Tarikh-tarikh di atas adalah berdasarkan Warta Kerajaan dan info Kabinet setakat kemaskini Januari 2026. Sebarang perubahan tarikh (khususnya perayaan agama yang bergantung kepada anak bulan) akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

1 thought on “Kalendar Cuti Umum 2026 & Takwim Cuti Sekolah Malaysia (Rasmi)”

Leave a Comment