STR Fasa 3 tidak lulus menjadi tanda tanya besar kepada ramai penerima yang sebelum ini layak dan menerima bayaran dalam fasa terdahulu. Ada yang keliru bila status di portal MySTR bertukar walaupun maklumat peribadi dan akaun bank nampak betul. Situasi ini menyebabkan ramai tertanya-tanya, adakah bantuan akan masuk lewat atau memang sudah tidak layak langsung.
Artikel ini akan huraikan sebab sebenar kenapa STR Fasa 3 tidak lulus berdasarkan kod alasan rasmi daripada pihak LHDN, lengkap dengan senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan. Kami juga sertakan panduan langkah demi langkah membuat rayuan, serta tip kewangan berkaitan insurans, takaful dan simpanan patuh syariah supaya penerima dapat merancang kewangan dengan lebih bijak selepas rayuan diluluskan.
📲 Klik Sini Untuk Info & Cara Tebus eWallet MyKasih
Ringkasan Punca Utama “Tidak Lulus” (MySTR)
Berikut punca yang paling kerap muncul dalam paparan MySTR. Setiap kod datang dengan tindakan cepat yang anda boleh buat serta dokumen minimum untuk dibawa:
- Kod 01 – Maklumat pengenalan pemohon berbeza (nama/No. KP/kewarganegaraan). Tindakan: padankan butiran MyKad dengan bank/agensi.
- Kod 02 – Maklumat pengenalan pasangan berbeza. Dokumen: MyKad/MyPR pasangan.
- Kod 03 – Maklumat pengenalan anak berbeza. Dokumen: MyKid/MyKad anak + sijil lahir/sijil daftar anak angkat.
- Kod 04 – Hubungan pertalian anak tidak sepadan. Dokumen: sijil lahir/sijil daftar anak angkat.
- Kod 05 – Maklumat pasangan perlu pengesahan. Dokumen: MyKad pasangan / sijil nikah / sijil lahir anak.
- Kod 06 – Tidak lepas syarat kategori Bujang (umur/OKU). Dokumen: jika OKU, bawa Kad OKU.
- Kod 07 – Anak > 19 tahun pelajar sepenuh masa. Dokumen: surat pengesahan belajar + kad pelajar aktif.
- Kod 08/09/10/11 – Pendapatan melebihi had (isi rumah > RM5,000 / bujang > RM2,500; termasuk sewa). Tindakan: kemas kini angka sebenar.
- Kod 12/13 – Anak ada pendapatan (termasuk sewa). Tindakan: sahkan anak yang benar‑benar tanggungan / kemaskini data.
- Kod 24/25/27 – Pemilikan kenderaan melebihi syarat (pemohon/pasangan/anak). Tindakan: jelaskan status pemilikan semasa.
- Kod 28 – Transaksi hartanah > RM350,000. Dokumen: pindah milik/penjualan, cukai tanah/pintu.
- Kod 30 – Transaksi pembelian saham. Tindakan: sedia bukti jika diminta.
- Kod 31 – Rekod menetap/bekerja/belajar di luar negara. Tindakan: hadir jika dipanggil untuk pengesahan.
- Kod 32 – Permohonan dibuat dari luar negara. Dokumen: hadir LHDNM + Borang Rayuan + salinan MyKad.
- Kod 33 – Pemohon wujud sebagai pasangan dalam permohonan lain. Tindakan: kemas kini status kahwin sebenar.
- Kod 38/39 – Anak mohon sendiri / wujud sebagai pasangan di permohonan lain. Tindakan: masukkan anak yang layak sahaja.
- Kod 41 – Kahwin tetapi tiada maklumat pasangan. Dokumen: sijil/perakuan kahwin & dokumen pengenalan pasangan.
- Kod 43 – Status perkahwinan perlu pengesahan (kahwin/cerai/kematian). Dokumen: sijil rasmi berautoriti.
- Kod 48 – Anak meninggal dunia. Tindakan: keluarkan anak tersebut, kemas kini tanggungan lain (jika ada).
- Kod 49 – Anak tidak menepati syarat (umur/status). Tindakan: laporkan hanya anak yang layak.
- Kod 70 – Tarikh perceraian perlukan sijil perceraian (agensi kerajaan). Dokumen: sijil cerai + sijil lahir anak (jika lapor anak).
- Kod 71 – Pasangan meninggal dunia. Dokumen: sijil kematian jika diminta.
- Kod 72 – Pendapatan di borang melebihi kelayakan. Tindakan: nyatakan pendapatan sebenar pada Borang Rayuan.
- Kod 73 – Keupayaan milik kediaman melebihi syarat. Dokumen: cukai tanah/pintu, pindah milik, perjanjian sewa (jika menyewa).
Checklist Dokumen Rayuan (Bawa Asal & Salinan)
- MyKad/MyKid pemohon, pasangan & anak.
- Sijil lahir anak / sijil daftar anak angkat (sahkan pertalian).
- Sijil/perakuan nikah atau sijil cerai; sijil kematian (jika berkaitan).
- Bukti pengajian anak: surat pengesahan institusi + kad pelajar aktif.
- Bukti kediaman/hartanah: cukai tanah/pintu, geran/pindah milik, perjanjian sewa.
- Bukti pendapatan sebenar (slip gaji, pengesahan majikan, penyata bank, pengisytiharan sendiri untuk kerja tidak formal).
Cara Hantar Rayuan STR Fasa 3 (Langkah Demi Langkah)
- Log masuk MySTR dan catat kod alasan tepat yang dipaparkan.
- Kemas kini maklumat (pendapatan, status kahwin/anak, akaun bank) agar sepadan dengan rekod rasmi.
- Sediakan dokumen mengikut kod (lihat dua seksyen di atas). Pastikan nama & No. KP sepadan pada semua dokumen dan akaun bank.
- Isi Borang Rayuan STR dengan angka pendapatan sebenar (termasuk sumber seperti sewa).
- Hantar rayuan melalui arahan portal / hadir ke cawangan LHDNM/BSN yang ditetapkan (jika diminta hadir fizikal).
- Jejaki status dari semasa ke semasa di MySTR. Simpan salinan borang & bukti serahan.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppPerkara Yang Sering Menggagalkan Bayaran (Walau “Lulus”)
- Akaun bank tidak aktif/ditutup/disekat – kemas kini nombor akaun aktif sebelum fasa bayaran.
- Nama/No. KP tidak sepadan antara MySTR dan bank – betulkan ejaan/No. KP.
- Bayaran berperingkat ikut bank – semak akaun 1–3 hari bekerja dari tarikh rasmi.
- Tukar akaun semasa kemaskini – sistem perlukan masa untuk sahkan akaun baharu.
FAQ Ringkas – “Tidak Lulus” STR Fasa 3
S: Di mana nak lihat kod alasan?
JAWAPAN: Log masuk MySTR & buka paparan status permohonan; kod akan tertera bersama mesej ringkas.
S: Perlu bawa apa untuk rayuan?
JAWAPAN: MyKad/MyKid, dokumen pasangan/anak, sijil nikah/cerai/kematian (jika berkaitan), bukti pendapatan & dokumen hartanah/sewaan mengikut kod.
S: Pendapatan tersilap isi, boleh rayu?
JAWAPAN: Ya. Isi Borang Rayuan dengan angka sebenar dan lampirkan pengesahan (slip gaji/penyata bank/pengesahan majikan).
S: Anak tak layak dalam sistem tapi masih tanggungan?
JAWAPAN: Kod 12/13/49/38/39 sering melibatkan status/pendapatan anak. Kemas kini anak yang benar‑benar layak dengan bukti sah.
S: Status kahwin berubah baru‑baru ini?
JAWAPAN: Sediakan sijil rasmi (nikah/cerai/kematian) dan kemas kini di MySTR supaya status isi rumah tepat.
Perancangan Kewangan Selepas Rayuan – Takaful, KWSP & Pelaburan Patuh Syariah
Sambil menunggu keputusan rayuan STR Fasa 3, semak semula perlindungan takaful keluarga, pastikan caruman KWSP konsisten, dan pertimbang saluran pelaburan patuh syariah berisiko rendah untuk dana kecemasan. Apabila bayaran diluluskan kelak, utamakan keperluan asas, langsaikan hutang berfaedah tinggi, dan kekalkan tabiat simpanan bulanan.
Maklumat Lanjut & Rujukan Rasmi
- Portal MySTR (semakan & rayuan): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- FAQ STR di Portal Manfaat: Kementerian Kewangan
- Panduan semakan: Semak STR Fasa 3
- Info bayaran & bank: Pembayaran STR Fasa 3 2025