ADA YANG BAKAL TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA RM150-RM300 BULAN INI!

Bantuan tambahan SARA bakal diterima oleh penerima yang layak mulai penghujung bulan Jun atau awal Julai 2025. Artikel ini akan huraikan siapa yang bakal dapat bayaran tambahan SARA, jumlah tunggakan, semakan kelayakan, serta apa yang perlu anda semak sekarang jika ingin pastikan bayaran anda tidak terlepas.

Ramai penerima masih tidak sedar mereka sebenarnya layak menerima tambahan SARA 2025 sebanyak RM150 hingga RM300, termasuk kategori bujang, isi rumah dan warga emas yang statusnya baru sahaja dikemaskini kepada miskin atau miskin tegar dalam sistem eKasih.

Siapa Yang Akan Terima Bantuan Tambahan SARA?

Bantuan tambahan ini melibatkan mereka yang sebelum ini tidak layak menerima jumlah penuh SARA kerana tidak berada dalam data eKasih yang disahkan miskin/miskin tegar. Namun selepas semakan penghujung April 2025, status mereka telah berubah.

Kategori terlibat termasuk:

  • Isi rumah yang kini berada dalam data eKasih (miskin/miskin tegar)
  • Bujang warga emas (60 tahun ke atas)
  • Bujang 21–59 tahun yang kini disahkan miskin dalam eKasih

Kesemua mereka ini sebelum ini hanya menerima amaun minimum bantuan, tetapi akan menerima tunggakan penuh bagi bulan April, Mei dan Jun 2025.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Jumlah Bantuan Tambahan Yang Akan Diterima

Berdasarkan semakan status terkini, berikut adalah jumlah tunggakan yang dijangka akan dikreditkan:

KategoriTunggakan (April – Jun 2025)
Isi Rumah (RM200 – RM100 x 3 bulan)RM300
Bujang Warga Emas (RM150 – RM50 x 3 bulan)RM300
Bujang 21–59 Tahun (RM100 – RM50 x 3 bulan)RM150

Jumlah bayaran ini adalah berdasarkan perbezaan antara amaun sebenar yang layak selepas kemas kini eKasih dan amaun yang telah diterima sebelum ini.

Bila Bayaran Tambahan Akan Masuk?

Bayaran tunggakan dijangka akan dilakukan antara penghujung Jun hingga awal Julai 2025. Ini berdasarkan pola sebelum ini di mana semakan status eKasih dibuat pada penghujung bulan dan bayaran tunggakan dibuat bulan berikutnya.

Contohnya, semakan eKasih pada Januari 2025 menyaksikan bayaran tunggakan dibuat seawal Mac. Maka untuk semakan April, bayaran dijangka dibuat sekitar akhir Jun atau awal Julai.

Bagaimana Semak Kelayakan Bantuan Tambahan SARA?

Untuk menyemak status terkini anda, berikut ialah dua kaedah utama:

  • Semakan di mykasih.com.my untuk melihat status MyKad dan baki semasa
  • Log masuk ke MySTR untuk lihat status kelayakan SARA

Jika nama anda kini berada dalam eKasih dengan status miskin atau miskin tegar, tetapi sebelum ini hanya terima amaun separa, anda berpotensi untuk terima bayaran tambahan ini.

Bantuan Tambahan Tidak Dibayar Bersama Bulan Jun

Penting untuk diingat, bayaran bulan Jun iaitu RM100 atau RM50 mengikut kategori akan dikreditkan seperti biasa pada 1 Jun. Namun, tunggakan RM150–RM300 akan dibuat dalam transaksi berasingan sekitar hujung bulan atau awal Julai.

Oleh itu, jika anda hanya terima amaun biasa pada 1 Jun, jangan panik — bayaran tambahan dijangka selepas itu.

Semakan Data Seterusnya: Julai 2025

Bagi mereka yang belum lagi berada dalam eKasih sebagai miskin pada April, semakan seterusnya ialah pada penghujung Julai 2025. Jika lulus pada semakan ini, anda akan mula layak menerima bantuan penuh mulai Oktober dan ke depan.

Maklumat Tambahan

  • Bantuan tambahan adalah tunggakan untuk April, Mei dan Jun 2025
  • Dijangka dibayar hujung Jun atau awal Julai
  • Semak status kelayakan melalui MySTR dan laman rasmi MyKasih
  • Bayaran biasa bulan Jun tetap dikreditkan pada 1 Jun seperti biasa

Untuk panduan lanjut berkaitan jumlah, kategori dan sejarah bayaran, rujuk artikel penuh di: SARA 2025 Terkini

Leave a Comment