Bantuan MyKad RM200 disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 yang layak. Bantuan ini boleh digunakan terus di kedai rakan niaga terpilih seluruh negara. Ketahui jumlah bantuan bulanan, cara semakan, syarat kelayakan dan cara guna MyKad untuk pembelian barang keperluan asas.
bantuan mykad 2025, semakan mykasih, bantuan sara 2025, rm200 setiap bulan, bantuan rm2100 setahun, bantuan melalui mykad, cara guna mykad beli barang, semakan bantuan sara
Jumlah Bantuan MyKad RM200 & Kategori Penerima
Program ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat. Bantuan ini dimasukkan terus ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di pasar raya yang menyertai program MyKasih.
Kategori | Jumlah Bantuan (Setahun) |
---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 |
Bujang | RM600 |
Jadual Bayaran Bantuan RM200 Sebulan
Bantuan dikreditkan mengikut jadual bulanan berikut:
Bulan | Isi Rumah / Warga Emas (RM) | Bujang (RM) |
---|---|---|
Januari – Mac | 100 sebulan | 50 sebulan |
April – Disember | 200 sebulan | 50 sebulan |
Syarat Kelayakan Bantuan MyKad
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Isi rumah berpendapatan bawah PGK
- Termasuk kategori miskin, miskin tegar dan warga emas tanpa pasangan
Cara Semak Kelayakan MyKad 2025
Semakan boleh dibuat di portal rasmi:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- Layari www.mykasih.com.my
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang
- Tekan “Semak Status”
- Keputusan bantuan akan dipaparkan termasuk baki bantuan
Cara Guna Bantuan RM200 MyKad
Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan di pasar raya terpilih. Berikut langkahnya:
- Kunjungi pasar raya seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave
- Pilih barangan asas yang diluluskan seperti beras, minyak, telur
- Serahkan MyKad kepada juruwang
- Kredit bantuan akan ditolak secara automatik
Senarai Kedai Yang Terima Bantuan MyKad
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- The Store
Senarai penuh rakan niaga boleh dirujuk di: https://bantuanbaru.my/senarai-barang-mykasih/
Tips Jimat Guna Bantuan MyKad
- Beli hanya barang keperluan asas
- Elak pembaziran – semak baki sebelum belanja
- Buat perancangan pembelian bulanan
- Pilih pasar raya terdekat yang aktif
FAQ Bantuan MyKad RM200
1. Siapa layak dapat Bantuan RM200?
Penerima STR 2025 yang berada dalam kategori miskin, miskin tegar atau warga emas tiada pasangan.
2. Perlu mohon ke?
Tidak perlu. Bantuan ini automatik untuk penerima STR layak.
3. Bila dapat?
Bayaran bermula Januari 2025 mengikut jadual bulanan.
4. Boleh guna di mana?
Di pasar raya terpilih seluruh negara seperti Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave dan lain-lain.
5. Boleh tukar ke tunai?
Tidak boleh. Ia hanya untuk pembelian barang asas sahaja.
Rumusan
Program Bantuan MyKad RM200 ini adalah antara inisiatif terbaik kerajaan bagi memastikan rakyat miskin dan golongan B40 dapat membeli barangan asas dengan lebih mudah. Semakan boleh dibuat segera di portal MyKasih dan pastikan anda guna MyKad anda di pasar raya terlibat. Untuk maklumat lanjut dan bantuan terkini, lawati: https://bantuanbaru.my/semakan-bantuan-jkm-online/
Saya dah semak Nama saya X tersenarai.saya dapat str
Saya dah semak Nama saya X tersenarai .saya dah kematian suami.saya dapat str
Kenapa saya hanya dapat rm100 bukan rm200?
SAYA TAK DAPAT BANTUAN KEWANGAN RM200 KERANA
MY KAD SAYA TELAH DI BLOCK DAN SAYA HARAP MASALAH INI
DAPAT DIATASI SEGERA.
TERIMA KASIH.
Bantuan mykad
Saya tak dapat sebelum ni sebab belum masuk umur 21 sekarang dah masuk 21 boleh ka dapat bantuan tu
Untuk bujang
Masaalanya ditempat Kami (Pusat Bandar Sandakan) store (kedai mart 99) tempat penerima bantuan terkadang kekurangan atau kehabisan item kerana dari dua store 99 yang ada ditempat kami hanya satu yang melayani keperluan penerima bantuan mykasih ini