Ramai penerima tertanya-tanya STR Fasa 3 bila masuk ke dalam akaun. Artikel ini akan kongsikan info terkini berkaitan tarikh bayaran STR Fasa 3 tahun 2025, siapa yang akan terima, dan bagaimana untuk semak status bayaran anda dengan tepat melalui portal rasmi MySTR.
Soalan paling kerap ditanya sekarang ialah bila duit STR Fasa 3 akan dikreditkan, kenapa akaun masih belum terima bayaran, serta apa perlu dibuat jika permohonan baru sahaja diluluskan. Artikel ini akan jawab semua itu berdasarkan maklumat rasmi daripada LHDN dan Kementerian Kewangan.
STR Fasa 3 Bila Masuk Dalam Akaun?
Setakat awal Mei 2025, tiada tarikh rasmi diumumkan oleh kerajaan untuk bayaran Fasa 3. Namun, mengikut trend tahun-tahun lepas, STR Fasa 3 dijangka masuk sekitar pertengahan tahun dan dibayar secara berperingkat mengikut jenis bank penerima.
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang aktif seperti Maybank, CIMB, BSN, Bank Islam dan lain-lain. Pastikan akaun bank yang didaftarkan dalam sistem MySTR masih sah dan aktif.
Cara Semak Duit STR Fasa 3 Dah Masuk Atau Belum
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk guna No MyKad & katalaluan MySTR
- Pilih “Semakan Status”
- Lihat di bahagian “Maklumat Bayaran”
Jika anda gagal log masuk atau lupa kata laluan, rujuk panduan ini:
Login MySTR & MyDigital ID
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppSiapa Yang Akan Terima STR Fasa 3?
Anda akan menerima bayaran jika:
- ✅ Permohonan STR 2025 anda telah diluluskan
- ✅ Akaun bank sah & tidak disekat
- ✅ Tidak termasuk dalam senarai penerima yang gagal kredit atau tak layak
Jika permohonan anda baru diluluskan selepas Fasa 2, anda masih layak menerima bayaran Fasa 3. Info penuh rayuan ada di sini:
Rayuan STR 2025
Berapa Jumlah Yang Akan Diterima?
Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori pendapatan dan bilangan anak:
- Isi Rumah ≤ RM2,500: RM150 – RM650
- Isi Rumah RM2,501 – RM5,000: RM100 – RM300
- Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan: Setakat ini tiada bayaran Fasa 3
Lihat jadual penuh di artikel ini:
Jumlah Bayaran STR 2025
STR Fasa 3 Tak Masuk Akaun – Apa Perlu Buat?
Jika duit masih belum masuk walaupun anda layak, semak beberapa perkara berikut:
- Akaun bank tidak aktif / telah ditutup
- Status kredit: GAGAL KREDIT (perlu tuntut di BSN)
- Maklumat akaun pasangan tidak dikemas kini
- Permohonan masih dalam proses (semak status MySTR)
Maklumat lanjut tentang bayaran dan kategori penerima boleh dibaca di:
STR Fasa 3 2025
Soalan Lazim (FAQ) STR Fasa 3 Bila Masuk
- STR Fasa 3 masuk bulan apa?
Dijangka pertengahan tahun, belum diumumkan rasmi. - Boleh semak di akaun bank terus?
Ya, tapi pastikan semak juga status di portal rasmi. - Kalau rayuan baru lulus, dapat tak?
Ya, anda akan terima mulai Fasa 3.
lupa kata laluan str