Semakan STR 2025 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MySTR bagi mengetahui status permohonan anda sama ada LULUS, TIDAK LULUS atau DLM PROSES. Artikel ini akan bantu anda semak STR dengan mudah, faham maksud status, dan tindakan yang perlu dibuat jika permohonan anda ditolak.
Semakan status str 2025, cara login mystr gov my, bantuan tunai hasil gov my login rasmi, rayuan str, maksud tidak lulus str, dokumen diperlukan, serta tarikh bayaran bantuan STR fasa 3 akan diterangkan dengan lengkap. Pastikan anda ikut panduan ini hingga akhir.
Portal Rasmi Semakan STR 2025
Semakan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Sila login menggunakan:
- No MyKad (12 digit tanpa ‘-’)
- Katalaluan yang didaftarkan semasa permohonan
- MyDigital ID (jika diminta untuk pengesahan tambahan)
Panduan penuh login dan troubleshooting boleh dirujuk dalam artikel ini:
Bantuantunai.hasil.gov.my Login
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp3 Jenis Status STR 2025 & Maksudnya
- LULUS: Permohonan anda diterima. Akan terima bayaran ikut jadual.
- TIDAK LULUS: Anda boleh buat rayuan. Sila semak alasan.
- DALAM PROSES: Masih disemak oleh LHDN. Tunggu pengesahan lanjut.
Jika status anda tidak lulus, baca segera panduan ini:
Rayuan STR 2025: Cara Mohon & Dokumen Diperlukan
Semakan Status Fasa Bayaran STR
STR 2025 dibayar secara berperingkat dalam beberapa fasa. Selepas semakan, anda boleh rujuk status bayaran dalam akaun anda seperti berikut:
- Fasa 1 – Januari 2025
- Fasa 2 – April 2025
- Fasa 3 – Julai 2025 (Akan dikemaskini)
- Fasa 4 – November 2025 (Akan dikemaskini)
Artikel khas mengenai jadual bayaran akan dikemaskini di:
STR Fasa 3 2025
Apa Perlu Buat Jika Tak Boleh Login?
Masalah login paling biasa:
- Lupa katalaluan → Klik “Terlupa Katalaluan” dan reset melalui OTP
- No MyKad salah → Pastikan tanpa ‘-’
- Diminta sahkan MyDigital ID → Rujuk artikel berkaitan
Soalan Lazim (FAQ) Semakan STR
- Saya tak pernah mohon, boleh terus semak?
Jawapan: Tidak. Anda perlu mohon terlebih dahulu di portal MySTR. - Rayuan saya belum lulus, perlu semak status juga?
Ya. Status akan bertukar automatik selepas rayuan diluluskan. - Semakan boleh guna MyKad?
MyKad digunakan semasa login. Tiada semakan melalui kiosk fizikal atau mesin ATM.
Maklumat Tambahan & Pautan Berkaitan
Untuk info lebih lanjut, sila rujuk artikel berkaitan:

A1 blok a lorong Hartamas 2a taman Hartamas Telipok 89200 Tuaran
Salam..sy nk tny..sekiranya pasangan tu da meninggal..blh ke SARA ditukarkan atas nama isterinya atau kena pergi ke pejabat LHDN,tq
Saya mengemaskini maklumat str sebab saya tidak terima str melebihi 3 tahun
Assalammuailaikum..saya suhana bt tawang seorang ibu tunggal menetap di temerloh pahang,mempunyai 3 orang cahaya mata,2 darinya masih bersekolah dan dibawah jagaan saya ibunya,Anak yang pertama sudah berkahwin.saya ada memohon bantuan jkm ditemerloh,sudah saya sediakan apa yang pihak jkm perlukan. Dan saya pon menghantarkan borang2 tersebut,apabila sampai ke kaunter pejabat jkm..wanita di kaunter itu pulangkan semula borang2 yg saya sediakan..wanita itu berkata saya kena adakan surat yang di cop kan oleh mahkamah dalam bentuk list tiap2 bulan yang mengatakan bekas suami saya ada baginwang tiap2 bulan..saya cakap kat wanita tuh,,saya tak pernah menerima wang dari bekas suami saya selepas kami bercerai..terus wanita itu berkata kalau bekas suami tak pernah bagi duit..bermakna saya tak layak memohon bantuan dari jkm…tujuan saya menulis surat ini kerana ingin tahu adakah saya betul betul tak layak memohon bantuan tersebut…wasallamu terima kaseh