SARA atau nama penuhnya Sumbangan Asas Rahmah merupakan satu bentuk bantuan bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Bantuan ini diberikan secara bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas melalui kerjasama dengan platform runcit tempatan seperti MyKasih Foundation.
Artikel ini akan kupas secara terperinci mengenai program SARA, termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan, tarikh pembayaran, kaedah semakan, dan senarai pasar raya yang terlibat. Semua info ini disusun khas untuk bantu anda faham dengan jelas tentang cara menerima manfaat penuh daripada program ini.
Apa Itu SARA?
SARA ialah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah, sebuah inisiatif di bawah STR 2025 yang bertujuan menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan makanan asas kepada golongan B40. Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk tunai, sebaliknya penerima layak akan menerima elaun RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200) melalui sistem MyKasih.
Kelayakan Menerima Sumbangan Asas Rahmah
Berikut adalah syarat kelayakan asas untuk menerima SARA:
- Penerima yang telah lulus STR 2025 dalam kategori Isi Rumah Miskin Tegar dan Miskin
- Data pendapatan dirujuk melalui data eKasih dan sistem e-Kasih dikemaskini
- Penerima mestilah warganegara Malaysia dan tinggal di dalam negara
Jumlah Bantuan SARA 2025
Bantuan diagihkan sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan. Namun begitu, tiada wang tunai diberikan. Sebaliknya, penerima boleh membeli barangan keperluan terpilih melalui pasar raya dan kedai runcit yang disenaraikan.
Kategori | Jumlah Bantuan | Tempoh |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin Tegar | RM100/bulan | 12 bulan |
Isi Rumah Miskin | RM100/bulan | 12 bulan |
Senarai Barangan Dibenarkan
Antara barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA termasuk:
- Beras
- Minyak masak
- Susu tepung
- Roti
- Sayur dan buah-buahan
- Produk tenusu
- Telur
Senarai penuh boleh dirujuk di sini: Senarai Barangan MyKasih
Cara Semakan Status SARA
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my. Ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi STR
- Log masuk menggunakan Nombor MyKad dan Kata Laluan
- Pilih “Semakan Status”
- Status bantuan akan dipaparkan
Senarai Pasar Raya dan Kedai Terlibat
Berikut ialah antara pasar raya dan kedai yang terlibat dalam program SARA 2025:
- Mydin
- 99 Speedmart
- Tesco/Lotus’s
- Econsave
- Pasaraya Suria
- Pasar Mini Tempatan (terpilih)
Senarai penuh bagi setiap negeri boleh dirujuk di Senarai Kedai MyKasih KL.
Tempoh dan Jadual Pembayaran SARA
Berbeza dengan STR yang dibayar secara berperingkat, bantuan SARA disalurkan secara automatik ke dalam sistem MyKasih setiap bulan mengikut jadual berikut:
Bulan | Tarikh Kredit |
---|---|
Januari | 22 Januari 2025 |
Februari | 12 Februari 2025 |
Mac | 11 Mac 2025 |
April | 15 April 2025 |
Cara Guna Kad MyKasih Untuk Beli Barang
Penerima tidak akan diberi kad fizikal, sebaliknya sistem menggunakan MyKad sebagai kad pembelian. Cara gunanya:
- Pergi ke kedai runcit yang disenaraikan
- Pilih barangan asas yang dibenarkan
- Tunjukkan MyKad di kaunter untuk pengesahan
- Jumlah pembelian akan ditolak secara automatik
Masalah Lazim & Penyelesaian
- Tidak boleh guna MyKad di kaunter: Pastikan kedai tersebut tersenarai & dana bulan semasa telah dikreditkan.
- Status STR Lulus tapi tiada bantuan SARA: Anda mungkin bukan kategori Miskin/Miskin Tegar atau tiada dalam senarai eKasih.
Rumusan
SARA 2025 merupakan salah satu bentuk bantuan paling praktikal kepada rakyat yang memerlukan. Dengan sistem tanpa tunai, kerajaan bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup, tetapi juga memastikan bantuan digunakan secara berhemah. Pastikan anda semak kelayakan anda dan guna bantuan ini dengan bijak.
Saya layak tak..oku physical..
Saya nak Bantuan SARA RM200.