Permohonan rumah mampu milik kini diwajibkan melalui sistem SPRN (Sistem Pengurusan Perumahan Negara) yang dikendalikan melalui portal TEDUH. Artikel ini akan bantu anda faham cara mohon rumah PPR, Skim MyHome, Transit, SPP dan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2025.
Semua skim ini seperti MyHome, PPR Disewa, PPR Dimiliki, Rumah Transit dan SPP adalah antara bantuan perumahan yang layak dimohon oleh rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi TEDUH.
β
Sebelum mohon rumah PPR atau MyHome, pastikan juga anda semak senarai bantuan tunai lain yang layak anda terima seperti
π STR 2025 dan
π Bantuan SARA MyKad RM200
Pengenalan SPRN & Portal TEDUH
SPRN adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Perumahan Negara β satu modul digital dalam portal TEDUH (https://teduh.kpkt.gov.my) yang menjadi pusat sehenti untuk permohonan rumah mampu milik di bawah kendalian Jabatan Perumahan Negara (KPKT).
Cara Daftar Akaun SPRN Online
Langkah permohonan bermula dengan mendaftar akaun:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- Layari https://sprn.kpkt.gov.my
- Klik βDaftar Akaunβ
- Masukkan nama, nombor kad pengenalan dan emel aktif
- Sahkan melalui pautan dalam emel anda
Skim Perumahan Yang Boleh Dimohon
- Skim MyHome
- Skim PPR (Dimiliki & Disewa)
- Skim Rumah Transit
- Skim SPP (Skim Pinjaman Perumahan)
Maklumat Skim MyHome
MyHome menawarkan subsidi sehingga RM30,000 bagi pembelian rumah pertama oleh rakyat Malaysia. Syarat:
- Warganegara berumur 21 tahun ke atas
- Belum memiliki rumah
- Pendapatan isi rumah bawah RM10,000
Antara dokumen penting termasuklah salinan IC, surat nikah, slip gaji, penyata KWSP dan laporan CCRIS.
Maklumat Skim PPR (Dimiliki & Disewa)
PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 (Semenanjung) dan RM42,000 (Sabah/Sarawak), manakala PPR Disewa pada kadar RM124 sebulan.
Syarat umum:
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah
Maklumat Skim Rumah Transit
Khas untuk pasangan muda berumur antara 18 hingga 30 tahun dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000. Rumah disewakan pada kadar RM250 sebulan selama dua tahun maksimum.
Perlu bekerja dan menetap di lokasi rumah transit yang dipohon.
Maklumat Skim SPP (Skim Pinjaman Perumahan)
Kemudahan pinjaman ini diberi kepada rakyat Malaysia yang bukan penjawat awam dengan pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000. Mereka perlu memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga.
Had pinjaman sehingga RM60,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun.
Syarat Am Permohonan Rumah Mampu Milik
Syarat berbeza ikut skim, namun secara umum:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah rendah
- Belum memiliki rumah
- Tinggal atau bekerja di kawasan perumahan dipohon
FAQ Berkaitan SPRN & TEDUH
- Apa itu TEDUH? β Portal rasmi permohonan rumah mampu milik
- Apa skim ditawarkan? β MyHome, PPR, Transit, SPP
- Berapakah kadar sewa rumah PPR? β RM124 sebulan
- Apakah kadar sewa rumah transit? β RM250 sebulan
- Pinjaman maksimum SPP? β RM60,000
Maklumat Lanjut
Untuk semakan status permohonan atau maklumat lanjut projek rumah semasa, anda boleh lawati portal rasmi di https://teduh.kpkt.gov.my.
Rumusan
Permohonan rumah mampu milik kini lebih mudah melalui sistem SPRN dalam TEDUH. Skim-skim seperti MyHome, PPR dan SPP sangat membantu rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah. Pastikan anda daftar dan mohon secara online melalui saluran rasmi untuk elak sebarang penipuan.