Pendaftaran eKasih online 2025 adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan miskin tegar mendapatkan bantuan kewangan dan sokongan sosial. Dengan mendaftar dalam sistem eKasih, individu berpendapatan rendah boleh mengakses pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan kewangan e-Kasih, serta peluang latihan dan pekerjaan.
Borang permohonan e-Kasih boleh diisi secara dalam talian, dan semakan status e-Kasih boleh dilakukan melalui pautan rasmi. Ketahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan, proses pendaftaran e-Kasih, serta bagaimana sistem ini membantu golongan miskin tegar Malaysia dalam artikel ini.
Apa Itu e-Kasih?
e-Kasih adalah pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk mengumpul maklumat isi rumah miskin. Data ini digunakan oleh pelbagai kementerian dan agensi bagi merancang serta menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak.
Syarat Kelayakan Pendaftaran e-Kasih
Untuk mendaftar dalam sistem e-Kasih, Ketua Isi Rumah (KIR) mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Pendapatan kurang daripada RM2,660 (bandar) atau RM2,342 (luar bandar) sebulan.
- Termasuk dalam kategori miskin atau miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Cara Daftar e-Kasih 2025
Pendaftaran e-Kasih boleh dilakukan melalui beberapa kaedah:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp1. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah
Individu boleh mengunjungi PPN atau pejabat daerah berhampiran untuk mendapatkan bantuan dalam pendaftaran.
2. Pendaftaran Melalui Telefon atau E-mel
Anda juga boleh menghubungi pejabat berkaitan melalui telefon atau e-mel untuk maklumat lanjut.
3. Melalui Pemimpin Tempatan
Pendaftaran boleh dibantu oleh pemimpin tempatan seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
Semakan Status e-Kasih
Setelah mendaftar, pemohon boleh menyemak status kelayakan mereka secara dalam talian melalui pautan rasmi Semakan Pendaftaran e-Kasih. Pastikan maklumat yang diberikan lengkap dan dikemaskini untuk memastikan kelayakan bantuan.
Program Bantuan yang Boleh Dimohon Selepas Daftar e-Kasih
1. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pemohon yang layak boleh mendapatkan pelbagai bantuan JKM, antaranya:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK): RM150 – RM1000 sebulan
- Elaun Pekerja Cacat (EPC): RM500 sebulan
- Bantuan Orang Tua (BOT): RM500 sebulan
2. Program Usaha Kasih (uKasih)
Pemadanan peluang pekerjaan melalui sektor korporat dan NGO untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.
3. Program Didik Kasih (dKasih)
Bantuan pendidikan dan latihan kemahiran untuk anak-anak isi rumah e-Kasih.
4. Program Selidik, Ambil Tahu, Responsif & Bantu (SARa)
Melaksanakan verifikasi ke atas isi rumah baharu yang memenuhi syarat kelayakan untuk didaftarkan dalam sistem e-Kasih.
5. Program I Care For U
Kerjasama antara masyarakat sivil dan ICU JPM untuk membantu keluarga miskin dan miskin tegar.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000 atau layari laman web rasmi e-Kasih.
Saya MOHAMMAD ADSLAN seorang perantau berasal dari sabah dan kini berada di Selangor sebagai seorang pekerja buruh dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam industri di tanah semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008(bujang),2014(berkahwin dan anak) sehingga hari ini dan saya salah seorang daripada ketua isi rumah yang berpendapatan rendah dan terjejas akibat penyakit “ASMA”..Dalam beberapa bulan lalu sehingga kini saya tidak lagi bisa bebas dan bekerja keras akibat penyakit yang pernah saya alami sewaktu kecil dulu sejak 15tahun yang lalu kini kembali menyerang diri saya iaitu penyakit “ASMA”. Dari tahun lepas saya suda mula mengalami simptom penyakit tersebut tetapi tidak teruk sangat.. Sejak di awal tahun ini 2025 saya mengalami sesak nafas akibat penyakit ASMA tersebut hampir meragut nyawa saya sehingga dua kali saya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans hasil tindakan pantas isteri saya yang menghubungi ambulans tersebut.. Dengan itu saya kini bergantung dengan alat bantuan pump gas untuk mencegah dari sesak nafas oleh penyakit ASMA.. Kini saya cuma boleh bekerja sambilan sementara isteri pula hanya dapat bekerja sebagai pengasuh sambilan untuk menampung keperluan kehidupan seharian kami sekeluarga bersama dua orang anak berusia 11tahun dan 4tahun,,sementara anak sulung bersekolah di sekolah SKTU.. Kini pendapatan kami turut terjejas dengan keadaan ekonomi semasa yang begitu mencabar dan di harap pihak berwajib dapat memantau, menjejaki atau membantu kami bagi meringankan bebanan yang kami alami ketika ini