Pembayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Pada Tarikh Ini. Semak Sekarang!

Pembayaran STR Fasa 3 merupakan antara topik paling hangat dibincangkan dalam kalangan penerima bantuan tunai tahun 2025. Ramai yang masih menanti kemasukan bayaran ke akaun masing-masing, terutamanya mereka yang baru diluluskan selepas fasa kedua. Artikel ini akan jelaskan siapa layak, berapa jumlah bantuan yang akan diterima dan bila pembayaran dijangka dibuat.

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat B40 dan M40 mengurangkan beban sara hidup. Dalam Fasa 3, bayaran dijangka melibatkan ratusan ribu penerima baharu dan rayuan yang baru diluluskan. Jadi penting untuk anda tahu sama ada anda termasuk dalam senarai penerima fasa ini, dan bagaimana cara semak secara rasmi.

Anda penerima SARA RM200? Ini senarai barang MyKasih yang terkini.

Jika bantuan RM200 masih tidak dikreditkan dalam MyKad anda, anda boleh lihat artikel cara semak SARA untuk maklumat lanjut.

madani str

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Siapa Yang Akan Terima Bayaran STR Fasa 3?

Penerima yang layak menerima bayaran dalam Fasa 3 adalah mereka yang:

  • Telah diluluskan dalam permohonan STR 2025 sebelum atau semasa Fasa 3
  • Mempunyai akaun bank aktif dan sah dalam sistem MySTR
  • Tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah

Bagi penerima yang telah buat rayuan dan lulus selepas Fasa 2, anda akan mula menerima bayaran bermula Fasa 3. Untuk maklumat penuh senarai kategori yang terlibat serta pecahan mengikut kelayakan, sila rujuk artikel STR Fasa 3 2025.

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3?

Jumlah bayaran untuk Fasa 3 adalah berbeza mengikut pendapatan dan bilangan anak tanggungan. Berikut ialah jadual rasmi jumlah yang diumumkan oleh LHDN:

str bayaran fasa 3 bantuan

Kategori Pendapatan Bil. Anak Jumlah Bayaran
≤ RM2,500 0 RM150
≤ RM2,500 1 – 2 RM300
≤ RM2,500 3 – 4 RM500
≤ RM2,500 5 dan ke atas RM650
RM2,501 – RM5,000 0 RM100
RM2,501 – RM5,000 1 – 2 RM200
RM2,501 – RM5,000 3 – 4 RM250
RM2,501 – RM5,000 5 dan ke atas RM300

Setakat pengumuman rasmi terakhir, kategori bujang dan warga emas tanpa pasangan tidak akan menerima bayaran dalam Fasa 3. Bayaran penuh hanya tertumpu kepada isi rumah yang mempunyai anak dan pendapatan bawah RM5,000.

Bila Tarikh Pembayaran STR Fasa 3?

Tiada tarikh rasmi dikeluarkan setakat awal Mei 2025. Namun, merujuk kepada jadual terdahulu, bayaran biasanya dibuat antara bulan Jun hingga Ogos, dan disalurkan secara berperingkat mengikut bank seperti BSN, Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain.

Tarikh rasmi akan dimaklumkan di portal STR dan siaran media oleh Kementerian Kewangan. Pastikan anda bersedia dengan maklumat bank yang betul untuk elakkan isu gagal kredit.

Cara Semakan Status & Bayaran

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui:

  1. Portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Log masuk ke akaun menggunakan MyKad dan kata laluan
  3. Pilih menu “Semakan Status” dan semak di bahagian “Maklumat Bayaran”

Jika anda belum tahu status terkini permohonan anda, rujuk artikel ini untuk panduan penuh: Semakan STR 2025.

Duit Belum Masuk – Apa Perlu Buat?

Jika bayaran belum dikreditkan ke akaun anda selepas tarikh rasmi diumumkan, antara langkah awal yang boleh diambil ialah:

  • Semak status kredit dalam portal STR
  • Pastikan akaun bank masih aktif dan tidak dibekukan
  • Pastikan tiada kesilapan nombor akaun / nama akaun

Bagi kes “Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke kaunter BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan asal untuk membuat tuntutan secara tunai. Panduan lengkap login dan pengesahan akaun boleh dirujuk dalam artikel Login MySTR.

Leave a Comment