eWallet Selangor: Cara Claim RM300 Automatik Tanpa Keluarkan Duit Sendiri

eWallet Selangor merupakan satu inisiatif khas Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat melalui program BINGKAS yang menawarkan bantuan tunai RM300 setiap bulan. Artikel ini akan kongsikan cara daftar BINGKAS, semakan kelayakan, aplikasi Selangkah Wallet, serta senarai barangan asas yang boleh dibeli guna eWallet tanpa tunai di kedai berdaftar seluruh negeri Selangor.

Program BINGKAS Selangor melalui SELANGKAH Wallet semakin mendapat perhatian ramai kerana ia membolehkan keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan secara automatik, terus ke aplikasi dompet digital. Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barangan harian, pendidikan dan keperluan rumah, sekaligus mengurangkan beban kewangan bulanan.

Ramai Tak Sedar Duit eWallet Tengah Masuk – Check Cepat!

Apa Itu eWallet Selangor (BINGKAS)?

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS ialah skim bantuan kewangan RM300 sebulan yang dikreditkan ke dompet digital Selangkah Wallet. Dana ini bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah membeli barangan asas seperti makanan, barangan persekolahan dan keperluan peribadi di pasar raya berdaftar.

Jumlah Bantuan & Kaedah Pembayaran

Penerima layak akan menerima RM300 setiap bulan secara automatik dalam akaun eWallet Selangkah. Bantuan dikreditkan terus setiap awal bulan dan boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai sahaja.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp
  • Jumlah Bulanan: RM300
  • Kekerapan: Setiap bulan
  • Jumlah Tahunan: RM3,600
  • Kaedah Bayaran: Top-up automatik ke aplikasi Selangkah Wallet

Syarat Kelayakan BINGKAS Selangor

Untuk layak memohon BINGKAS, anda perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir atau menetap di Selangor lebih 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tanggungan di bawah umur 18 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000

Cara Mohon eWallet BINGKAS Selangor

Permohonan bantuan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi berikut:

  1. Layari https://www.bingkasselangor.com/
  2. Isi borang permohonan dengan maklumat lengkap
  3. Muat naik dokumen seperti salinan MyKad, penyata pendapatan, bukti tanggungan
  4. Hantar permohonan dan tunggu keputusan melalui emel atau notifikasi aplikasi

Cara Guna eWallet BINGKAS Untuk Beli Barang

Setelah bantuan dimasukkan ke dalam akaun Selangkah Wallet, anda boleh membuat pembelian di premis berdaftar:

  • Lawati kedai berdaftar di Selangor
  • Pilih barang keperluan seperti makanan, susu, ubat-ubatan dan pakaian sekolah
  • Imbas ID di aplikasi Selangkah untuk pengesahan
  • Bayar secara cashless menggunakan kod QR dari aplikasi Selangkah Wallet

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna BINGKAS

Antara barangan asas yang boleh dibeli termasuk:

  • Beras, roti, telur, minyak, gula
  • Mi, bihun, rempah, susu, biskut
  • Sayur, buah, ayam, ikan, daging
  • Alat tulis, pakaian sekolah, sabun
  • Ubat-ubatan asas dan keperluan kebersihan

Rujuk senarai penuh barangan sah di sini: Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna MyKasih & BINGKAS

Cara Semak Status Permohonan eWallet Selangor

Untuk semak sama ada anda telah diluluskan:

  • Log masuk ke aplikasi Selangkah Wallet
  • Pilih menu “Semakan BINGKAS”
  • Maklumat status dan baki bantuan akan dipaparkan

Maklumat Lanjut & Nombor Untuk Dihubungi

Sekiranya anda perlukan bantuan lanjut, hubungi pihak berkaitan:

  • Hotline BINGKAS: 1800-22-6600
  • Aktivasi eWallet: 016-3254199 (WhatsApp)
  • Emel: info@selcare.my

Rumusan

Bantuan eWallet Selangor melalui program BINGKAS memberi impak besar kepada rakyat negeri Selangor dengan memberikan RM300 setiap bulan secara automatik melalui aplikasi Selangkah Wallet. Jika anda memenuhi syarat, jangan lepaskan peluang untuk mohon dan mula membeli barangan asas tanpa perlu keluarkan wang tunai. Pastikan permohonan dilakukan segera dan semak kelulusan melalui aplikasi Selangkah.

3 thoughts on “eWallet Selangor: Cara Claim RM300 Automatik Tanpa Keluarkan Duit Sendiri”

Leave a Comment