Cara terminate Astro secara rasmi boleh dilakukan hanya melalui email atau panggilan telefon tanpa perlu ke kaunter. Artikel ini akan terangkan langkah mudah untuk tamatkan langganan Astro, tutup akaun, elak caj penalti, serta tip penting sebelum anda buat keputusan potong Astro tahun ini.
Ramai pengguna mula mencari alternatif lebih murah seperti Netflix, Disney+, Unifi TV dan platform streaming lain. Jadi tak hairanlah kalau ramai nak hentikan langganan Astro, terutama bila bil melambung setiap bulan dan siaran pula tidak seperti dahulu. Jika anda dalam tempoh kontrak atau nak terminate serta-merta, baca sampai habis panduan ini.
Cara Terminate Astro 2025 Melalui Email
Kaedah paling pantas dan tanpa perlu beratur di pusat servis ialah melalui emel rasmi. Ramai tak tahu cara ini sah dan berkesan jika anda ikut format yang betul.
- Hantar email ke: wecare@astro.com.my
- Subjek email: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
- Isi kandungan email:
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- No Akaun Astro
- Alamat Lengkap
- No Telefon
- Sebab penamatan (jika mahu nyatakan)
- Akhiri dengan permintaan untuk ditamatkan segera dan makluman jika ada tunggakan atau baki penalti
Ramai Tak Tahu – Ada Bantuan eWallet RM200 Untuk Yang Layak!
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppCara Potong Astro Guna Panggilan Telefon
Kalau anda lebih suka bercakap terus dengan pegawai Astro, boleh hubungi mereka terus:
- Dail 03-9543 3838
- Pilih menu khidmat pelanggan
- Maklumkan niat untuk menamatkan langganan
- Pastikan anda semak semula selepas 24 jam melalui emel atau panggilan semula
Astro Ada Sistem Terminate Secara Online?
Setakat ini, tiada sistem rasmi online (melalui portal atau apps) untuk terminate akaun. Satu-satunya cara ialah melalui email atau panggilan terus.
Caj Penalti Astro Jika Tamat Awal Kontrak
Bagi pengguna dalam kontrak 24 bulan, anda perlu tahu caj penalti yang mungkin dikenakan:
Jenis Langganan | Caj Penalti Sebulan |
---|---|
Astro sahaja | RM106 (termasuk cukai) |
Astro + Broadband | RM53 (termasuk cukai) |
Jika sudah melebihi 24 bulan, tiada caj pembatalan akan dikenakan.
Soalan Lazim (FAQ) Cara Terminate Astro
- Boleh guna Bahasa Melayu? Ya, tiada masalah jika email dalam BM.
- Kalau terminate Astro Multiroom? Caj penalti sekitar RM500 (Multiroom) dan RM1000 (Ultra Box).
- Berapa lama kontrak Astro? Biasanya 24 bulan (2 tahun).
- Apa jadi kalau tak bayar bil selepas terminate? Astro boleh ambil tindakan undang-undang. Selesaikan bil segera.
- Macam mana nak tahu bila kontrak habis? Log masuk ke apps MyAstro atau tanya khidmat pelanggan.
Perlu Tahu Tentang Langganan & Kontrak Astro
Kalau anda guna Astro + Broadband, lebih baik semak baki kontrak dua-dua perkhidmatan. Terminate satu boleh je, tapi anda mungkin kena teruskan langganan satu lagi jika masih aktif. Pastikan semua penamatan dilakukan dengan sah dan jelas dalam email.
Jangan Lupa Semak Bantuan eWallet B40!
Ramai tak tahu yang golongan B40 sebenarnya boleh mohon bantuan eWallet terkini termasuk kredit tunai RM200. Kalau anda tergolong dalam golongan layak, semak info penuh sekarang di pautan bawah.
👉 Lihat bantuan eWallet & senarai barang MyKasih di sini
Strategi Jimat: Guna Streaming & Kad Kredit Cashback
Lepas terminate Astro, anda boleh jimat dengan guna servis streaming + kad kredit cashback. Pilih kad kredit yang beri rebat bila bayar langganan digital atau internet. Ini antara strategi kewangan bijak lepas potong langganan TV mahal.
MySalam, Takaful & Insurans Alternatif Untuk B40
Kalau anda potong Astro sebab nak jimat dan lebihkan perbelanjaan kesihatan keluarga, boleh pertimbangkan perlindungan insurans percuma seperti MySalam. Ia bantu kos rawatan, dan ada juga pelan takaful lain yang murah serta patuh syariah. Gunakan semula bajet Astro anda untuk perlindungan jangka panjang.
Rumusan
Cara terminate Astro sebenarnya mudah kalau ikut langkah betul. Hantar emel lengkap atau hubungi terus hotline mereka. Jangan lupa semak kontrak dan elak caj tersembunyi. Jika anda buat keputusan bijak, anda boleh jimat sehingga ratusan ringgit setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan kerajaan, semakan STR, MyKasih atau tips jimat belanja isi rumah, anda boleh baca artikel lain di laman ini.