Bayaran STR Dalam Masa Terdekat? Ini Kategori Yang Akan Terima Dulu!

Bayaran STR dalam masa terdekat? Ramai tertanya-tanya bila sebenarnya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukkan ke akaun bank. Dalam artikel ini, kami akan terangkan kategori penerima yang akan terima dahulu, cara semakan terkini dan faktor yang mempengaruhi urutan pembayaran. Jangan lepaskan info penting jika anda penerima bantuan STR 2025.

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai utama kerajaan kepada isi rumah B40, M40, warga emas dan bujang yang layak. Selepas pembayaran fasa kedua pada Mac lalu, kini tumpuan beralih kepada bayaran Fasa 3 yang dijangka membabitkan ratusan ribu penerima baharu dan rayuan yang telah diluluskan.

Baca Juga : Tarikh Cuti Hari Raya Haji & Cuti Sekolah

Kategori Penerima STR Yang Akan Terima Bayaran Dahulu

Secara umumnya, bayaran STR akan dikreditkan secara berperingkat mengikut kategori dan status permohonan dalam sistem MySTR. Berdasarkan analisis tahun-tahun terdahulu dan maklumat tidak rasmi, berikut ialah senarai kategori yang dijangka terima bayaran lebih awal:

  • Isi rumah kategori miskin tegar (berdaftar dalam eKasih)
  • Penerima STR fasa 1 & 2 yang layak secara automatik
  • Penerima rayuan yang telah diluluskan sebelum 30 Jun 2025
  • Penerima dengan akaun bank aktif dan tidak bermasalah

Bagi kategori di atas, pembayaran dijangka akan dikreditkan lebih awal kerana data mereka telah tersedia dan lengkap dalam sistem LHDN.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Semakan STR 2025: Pastikan Status Anda Aktif

Untuk pastikan anda berada dalam senarai penerima awal, langkah paling penting adalah melakukan semakan status melalui MySTR. Berikut cara semakan:

  1. Layari laman rasmi: bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  3. Pilih menu “Semakan Status”
  4. Perhatikan status permohonan dan maklumat bayaran

Tahukah anda, bayaran bantuan RM200 akan dibayar minggu depan, semak sini!

Faktor Yang Melambatkan Bayaran STR

Walaupun sebahagian besar penerima akan menerima bayaran secara automatik, masih ada yang berdepan kelewatan. Berikut antara sebab biasa kenapa bayaran STR anda mungkin lambat dikreditkan:

  • Akaun bank tidak aktif / ditutup
  • Permohonan baru atau rayuan masih dalam semakan
  • Maklumat bank tidak sah atau tidak padan dengan data MyKad
  • Nama anda tidak tersenarai sebagai penerima fasa 3

Jika anda termasuk dalam kes “gagal kredit”, jangan panik. Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di kaunter BSN selepas pengumuman rasmi dibuat.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Yang Akan Diterima

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam fasa ini adalah berbeza mengikut kategori pendapatan dan bilangan anak. Berikut adalah julat bayaran:

Jenis PenerimaJumlah Bayaran Fasa 3
Isi rumah ≤ RM2,500 (0 anak)RM150
Isi rumah ≤ RM2,500 (1-2 anak)RM300
Isi rumah ≤ RM2,500 (3-4 anak)RM500
Isi rumah ≤ RM2,500 (5 anak ke atas)RM650
Isi rumah RM2,501 – RM5,000RM100 – RM300
Bujang / Warga Emas Tiada PasanganTidak menerima dalam Fasa 3

Tips Pastikan Bayaran STR Masuk Tanpa Masalah

Ikuti tip berikut untuk pastikan bayaran anda tidak tergendala:

  • Kemaskini maklumat akaun bank sebelum 30 Jun 2025
  • Pastikan MyKad anda sah dan tidak tamat tempoh
  • Elak tukar nombor telefon atau alamat terlalu kerap
  • Semak status anda dari semasa ke semasa melalui MySTR

STR Fasa 3 2025: Kemas Kini Terbaru & Info Rasmi

Tarikh rasmi masih belum diumumkan, namun berdasarkan trend lepas, bayaran dijangka sekitar Ogos hingga September 2025. Walaubagaimanapun, bayaran akan dimulakan lebih awal kepada kategori yang telah disahkan lulus dan mempunyai rekod bank yang lengkap.

Soalan Lazim (FAQ)

S: Saya bujang, layak tak dapat STR Fasa 3?
Tidak. Bujang hanya terima STR pada fasa 1 dan fasa 4 sahaja.

S: Saya buat rayuan dan baru lulus Mei lalu, layak dapat Fasa 3?
Ya. Jika rayuan anda lulus sebelum 30 Jun 2025, anda akan dimasukkan dalam senarai bayaran fasa 3.

S: Apa berlaku jika bayaran saya gagal dikreditkan?
Anda boleh membuat tuntutan tunai di kaunter BSN dengan membawa MyKad selepas pengumuman rasmi dibuat.

Rumusan: Jangan Lepas Peluang Bantuan Tunai Ini

STR Fasa 3 adalah peluang penting untuk ringankan beban hidup rakyat Malaysia. Pastikan anda semak kelayakan, kemaskini maklumat dan bersedia apabila bayaran mula dikreditkan. Jika anda tergolong dalam kategori isi rumah B40 yang layak, anda berpeluang besar menerima bantuan dalam masa terdekat.

5 thoughts on “Bayaran STR Dalam Masa Terdekat? Ini Kategori Yang Akan Terima Dulu!”

  1. Harap STR 3 dibayar awal sebelum Hari Raya Aidil Adha agar golongan seperti saya B40 dapat bantuan untuk menyambut Aidil Adha pada 7 hb Jun 2025 akan datang. Terima kasih.

    Reply
  2. Penjawat awam yang ada gaji di bagi pula kita yang tidak bergaji mengharapkan bantuan semata2 tak di hiraukan…nak raya ne harap hasiil kerja sendiri…bukan nak complain tapi ne hak bersama

    Reply

Leave a Comment