Bantuan IC RM100 hingga RM200 telah mula dikreditkan ke MyKad penerima bagi bulan Mei 2025 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini diagihkan secara automatik kepada rakyat Malaysia yang layak tanpa perlu sebarang permohonan.
SARA 2025 ialah program di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan sistem eKasih. Bantuan ini disalur terus ke MyKad dan hanya boleh digunakan di pasar raya tertentu untuk pembelian barangan asas. Artikel ini akan terangkan secara penuh siapa yang layak, berapa jumlah dikreditkan, senarai barangan dibenarkan, serta kaedah semakan online dan tip berbelanja bijak guna bantuan SARA.
Maklumat Bantuan IC SARA Bulan Mei 2025
Pada bulan ini, sejumlah penerima telah menerima amaun bantuan RM100, RM150 atau RM200 mengikut kategori kelayakan. Kredit ini tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai tetapi boleh digunakan terus melalui kad pengenalan (MyKad) di pasar raya terpilih seluruh negara.
Kategori dan jumlah bantuan:
- Isi Rumah (STR + eKasih): RM200 sebulan (Apr–Dis)
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR + eKasih): RM150 sebulan
- Bujang (STR + eKasih): RM50 sebulan
- Isi Rumah (STR sahaja): RM100 sebulan
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja): RM50 sebulan
Bantuan ini diagih secara konsisten setiap bulan untuk meringankan kos sara hidup golongan sasar yang paling memerlukan. Penggunaan dana ini dipantau supaya hanya dibelanjakan untuk keperluan asas sahaja.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppSiapa Yang Layak Terima Bantuan Ini?
Sara 2025 diberikan secara automatik kepada penerima STR yang memenuhi syarat tambahan melalui sistem eKasih. Antara kriteria kelayakan utama:
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Berdaftar dalam sistem eKasih sebagai miskin/miskin tegar
- Penerima aktif STR 2025 dalam kategori isi rumah, bujang, atau warga emas
Tiada proses permohonan diperlukan. Penerima hanya perlu pastikan maklumat eKasih dan STR adalah terkini dalam sistem.
Penggunaan Tanpa Tunai Guna MyKad Sahaja
Berbeza dengan bantuan tunai biasa, SARA 2025 hanya boleh digunakan melalui MyKad. Penerima perlu pergi ke pasar raya yang menyertai program MyKasih dan terus membeli barangan yang dibenarkan. Pembayaran dibuat secara automatik di kaunter menggunakan MyKad sahaja — tiada kad tambahan diperlukan.
Senarai Barangan Yang Dibenarkan
Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk barang tertentu sahaja. Antara barang dibenarkan termasuk:
- Beras, minyak masak, ayam, ikan, sayur, telur
- Keperluan dapur seperti sabun, pencuci, detergen
- Barang bayi: lampin pakai buang, susu formula
- Alat tulis dan barangan sekolah
Senarai penuh barangan yang diluluskan boleh dirujuk di sini: Senarai Barangan MyKasih
Tip Bijak Belanja Bantuan MyKad
Untuk elakkan bantuan cepat habis sebelum cukup bulan, ini beberapa cadangan:
- Utamakan barang keperluan asas terlebih dahulu
- Simpan resit untuk semakan dan rekod pembelian
- Rancang pembelian agar seimbang hingga hujung bulan
- Elakkan pembelian barangan tidak perlu atau tidak diluluskan
Cara Buat Semakan Bantuan
Untuk tahu baki dan status bantuan SARA, anda boleh semak:
- Di portal rasmi MyKasih: www.mykasih.com.my
- Melalui portal STR LHDN: bantuantunai.hasil.gov.my
- Mesin EDC yang ada di pasar raya terpilih
Panduan penuh untuk semakan boleh diikuti di sini: Cara Semak SARA
Bantuan Tambahan Melalui STR
Untuk tahun 2025, kerajaan turut menyalurkan bantuan melalui Fasa 3 STR. Penerima SARA yang layak secara automatik biasanya juga adalah penerima STR dalam kategori utama.
Untuk lihat jadual dan jumlah terkini STR, rujuk sini: STR Fasa 3
Rumusan
Bantuan SARA 2025 yang dikreditkan ke MyKad membolehkan rakyat Malaysia berpendapatan rendah mendapatkan barangan asas tanpa tunai. Penggunaan secara automatik melalui pasar raya terpilih memudahkan pembelian harian sambil menjamin ketelusan. Pastikan maklumat anda dikemaskini dan gunakan bantuan ini sebaik mungkin untuk kesejahteraan keluarga.
bantu my kasih
bantu str
bantu sara
bantu mykad
MyPR pun Boleh di Bantu 🤔🤔🫰🫰
Kenapa anak saya belajar d kolej sebagai pengundi dan telah berumur 22 tahun tak dpt apa2 bantuan sedang kan saya ada lah B40 dan klu d bezakan dengan ekasih mereka lebih berkemampuan dari saya dari segi harta rumah mahu pun kenderaan ada kah kerna saya tak ada sesiapa dlm jabataan kerajaan dan tak rapat Dengan YB kawasan kuala penyu(Limus juri). Minta ambil perhatian kepada yg berkenaan terima kasih..