STR Fasa 2 Dah Masuk – Semakan STR Login untuk Fasa kedua kini boleh dibuat. Ramai rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 telah mula dikreditkan ke akaun bank sejak 22 Mac 2025. Rata-rata penerima dari seluruh negara mengesahkan duit STR telah masuk, terutamanya bagi mereka yang menggunakan akaun BSN.
Adakah anda sudah semak akaun bank anda? Jika belum, artikel ini akan bantu anda faham status bayaran, apa yang perlu dibuat sekarang, dan mengapa sesetengah penerima mungkin perlu tunggu sedikit masa lagi.
STR Fasa 2 Dah Masuk Akaun
Berdasarkan maklum balas daripada pelbagai negeri, berikut adalah antara transaksi sebenar yang dikongsikan oleh penerima:
- Penerima di Johor: RM300.00 (22/03/2025, 02:32 PM)
- Penerima di Kuala Kubu Baru: RM150.00 (22/03/2025, 02:29 PM)
- Penerima di Sarawak: RM300.00 (22/03/2025, 02:44 PM)
Kebanyakkan penerima adalah daripada pengguna Bank MyBSN.
Maklumat ini menunjukkan bahawa pengagihan bayaran STR berlaku secara berperingkat dan bergantung kepada bank yang digunakan. Pengguna BSN adalah antara yang terawal menerima bayaran. Bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan Bank Islam dijangka mula mengkreditkan bayaran bermula hari Isnin seterusnya.
Semakan STR Fasa 2 2025
Jika anda ingin menyemak sama ada bayaran STR Fasa 2 telah dikreditkan ke akaun anda, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pada laman utama, klik butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan nombor MyKad dan jawapan kepada soalan keselamatan.
- Selepas berjaya log masuk, semak maklumat bayaran anda di bahagian “Semakan Status”.
- Pastikan maklumat akaun bank anda adalah betul dan aktif.
Jika anda mengalami masalah semasa semakan, sila hubungi talian rasmi STR di 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau emel ke str@treasury.gov.my.
Apa Perlu Anda Buat Sekarang?
Bagi yang belum menerima bayaran, ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil:
- Log masuk ke aplikasi atau laman web bank anda.
- Semak transaksi dengan rujukan: “STR 2025 FASA2”.
- Kemas kini maklumat akaun bank di Portal STR Rasmi.
- Hubungi Pusat Khidmat STR jika terdapat sebarang isu teknikal.
Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email: str@treasury.gov.my
Jumlah Duit STR Fasa 2 2025
Jumlah bayaran STR yang diterima berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima. Antara faktor utama termasuk:
- Status bujang, warga emas, isi rumah
- Jumlah pendapatan isi rumah
- Bilangan tanggungan
Untuk semakan lanjut, anda boleh rujuk jadual rasmi di laman BantuanBaru.my.
Kenapa Ada Orang Dah Dapat, Tapi Saya Belum?
Ini adalah soalan paling popular. Berikut beberapa sebab logik kenapa anda mungkin belum terima:
- Data tidak lengkap – Nombor akaun bank tidak dikemas kini atau tersilap.
- Agihan berperingkat – BSN terima awal, bank lain mungkin hanya mula kredit beberapa hari selepas tarikh rasmi.
- Isu teknikal bank – Kadangkala berlaku kelewatan sistem pemprosesan di sesetengah bank.
Pengalaman Penerima STR Sebenar
Berikut beberapa tip berguna yang dikongsi oleh mereka yang sudah menerima bayaran:
- “Check bank antara jam 2 hingga 3 petang, biasanya waktu ni duit masuk.” – Penerima di Selangor
- “BSN memang dapat awal. Kalau pakai bank lain, tunggu hari Isnin.” – Penerima Fasa 1
Apa Ramai Tak Tahu Tentang Proses Pembayaran STR
Ramai tidak sedar bahawa setiap bank mempunyai jadual pemprosesan yang berbeza. Malah, akaun yang dahulu menerima secara tunai kini diwajibkan mendaftar akaun bank untuk bayaran elektronik. Oleh itu, penting untuk anda menyemak portal rasmi dan memastikan semua maklumat peribadi dikemaskini.
Langkah Seterusnya Jika Duit Masih Belum Masuk
Jika selepas beberapa hari duit STR masih belum dikreditkan, lakukan langkah berikut:
- Sahkan bahawa anda benar-benar layak menerimanya.
- Pastikan nombor akaun aktif dan tidak ditamatkan.
- Hubungi bank anda terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak STR.
Sila rujuk bantuanbaru.my untuk panduan teknikal lanjut dan panduan pemohon baru STR.
Maklumat Tambahan Untuk Anda
STR bukan sahaja membantu rakyat dari segi kewangan, tetapi juga menjadi tanda bahawa kerajaan sedang bergerak ke arah sistem bantuan yang lebih tersusun dan digital. Walaupun proses agihan masih ada kekangan, sistem ini akan menjadi lebih efisien dari semasa ke semasa.
Bagi yang masih belum menerima, jangan panik. Anda masih berada dalam fasa agihan. Pastikan anda kekal alert dan semak akaun bank secara berkala.
Teruskan berkongsi info ini dengan rakan dan keluarga. Semoga artikel ini membantu anda memahami proses STR Fasa 2 2025 dengan lebih jelas.
saya telah merayu untuk fasa 1 tapi sehingga kini belum ada tindakan selanjutnya.