Rumah Mampu Milik B40 2025 kini kembali dibuka untuk permohonan seluruh Malaysia. Program ini khas untuk golongan berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, dengan tawaran subsidi sehingga RM20,000 dan bayaran bulanan serendah RM300 sebulan.
Bagi anda yang tercari-cari peluang memiliki rumah pertama, skim ini adalah antara pilihan terbaik. Artikel ini akan terangkan syarat kelayakan, cara mohon dan semua info penting yang anda perlu tahu tentang Rumah Mesra Rakyat untuk B40 tahun 2025.
Apa Itu Rumah Mampu Milik B40 (Rumah Mesra Rakyat)
Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah program di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menawarkan pembinaan rumah sesebuah berkualiti kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri tetapi belum memiliki rumah yang sempurna.
Program ini dilaksanakan di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaras dengan Dasar Perumahan Negara bagi meningkatkan pemilikan rumah rakyat.
Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik B40
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah RM750 hingga RM5,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah sendiri / tinggal di rumah usang / tidak sempurna
- Mempunyai tanah sendiri atau kebenaran tuan tanah
- Keluasan tanah minimum 3,000 kaki persegi
- Tidak tertakluk kepada sebarang sekatan atau gadaian tanah
Spesifikasi Rumah & Harga
Berikut adalah spesifikasi asas dan harga bagi Rumah Mesra Rakyat B40:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppSpesifikasi | Keterangan |
---|---|
Jenis Rumah | Sesebuah, 1 tingkat, 3 bilik tidur, 2 bilik air |
Keluasan Rumah | 750 kaki persegi |
Harga Rumah (Semenanjung) | RM75,000 |
Harga Rumah (Pulau / Sabah / Sarawak) | Bermula RM75,000 – RM85,000 |
Subsidi Pembinaan | RM20,000 (ditanggung kerajaan) |
Bayaran Bulanan | RM300 sebulan (anggaran) |
Cara Mohon Rumah Mampu Milik B40 (Online & Manual)
Permohonan Rumah Mesra Rakyat boleh dibuat secara atas talian atau manual seperti berikut:
- Permohonan Online:
Layari rmr.spnbonline.com.my dan daftar akaun pengguna - Log masuk menggunakan email dan kata laluan
- Lengkapkan borang permohonan secara online
- Cetak borang dan hantar bersama dokumen sokongan ke Pejabat Cawangan SPNB
- Semakan & penilaian permohonan akan dibuat dalam tempoh 3 bulan
Permohonan manual boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Cawangan SPNB seluruh negara.
Dokumen Penting Untuk Permohonan
Antara dokumen wajib yang perlu disediakan:
- Salinan MyKad pemohon, pasangan & tuan tanah
- Salinan geran tanah & sijil carian rasmi Pejabat Tanah
- Slip gaji atau surat akuan sumpah pendapatan
- Surat kebenaran tuan tanah (jika bukan milik sendiri)
- Surat akuan sumpah tidak memiliki rumah
- Borang laporan tapak bergambar
- Salinan sijil nikah (jika berkaitan)
Maklumat Tambahan Penting
1. Bayaran Bulanan:
Boleh dibuat melalui kaunter BSN, Bank Islam atau sistem JOMPAY mengikut negeri masing-masing.
2. Insurans:
Pemohon kedua diwajibkan bagi tujuan perlindungan pinjaman insurans rumah, supaya sekiranya berlaku kematian, bayaran pinjaman ditanggung insurans.
3. Tempoh Pembinaan:
Sekiranya diluluskan, rumah akan siap dibina dalam tempoh 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong.
Rumah Mesra Rakyat Untuk Siapa?
Skim ini khas untuk:
- Golongan B40 berpendapatan bawah RM5,000
- Pasangan muda yang belum memiliki rumah
- Pemilik tanah sendiri di kampung atau pinggir bandar
- Keluarga yang tinggal di rumah usang atau tidak selamat
Kelebihan Rumah Mampu Milik B40 2025
- Tawaran subsidi RM20,000 oleh kerajaan
- Bayaran bulanan hanya RM300 sebulan
- Tiada deposit besar diperlukan
- Rumah sesebuah, bukan rumah flat
- Spesifikasi moden, 3 bilik & 2 bilik air
- Permohonan mudah secara online
Soalan Lazim Rumah Mampu Milik B40
1. Perlu ada tanah sendiri ke?
Ya, permohonan ini wajib mempunyai tanah milik sendiri atau kebenaran tuan tanah.
2. Kalau tanah ada banyak pemilik?
Boleh, asalkan semua tuan tanah bersetuju dan memberikan kebenaran bertulis.
3. Kalau saya bujang boleh mohon?
Boleh, selagi memenuhi syarat pendapatan & mempunyai tanah sendiri atau kebenaran tuan tanah.
4. Kalau tiada slip gaji boleh mohon?
Boleh, perlu sediakan surat akuan sumpah atau pengesahan pendapatan daripada penghulu atau ketua kampung.
Rumusan
Rumah Mampu Milik B40 melalui program Rumah Mesra Rakyat adalah peluang terbaik untuk golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama. Dengan subsidi kerajaan, bayaran bulanan rendah dan syarat kelayakan yang fleksibel, program ini membantu B40 hidup lebih selesa dan stabil.
Layari spnb.com.my atau daftar permohonan di rmr.spnbonline.com.my untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pula dgn saya….yg gaji hanya 1700 sbln sahaja. layak ke Mohon…. usia dah 52 thn. Rumah sendiri pun tak mampu lagi nak beli atau buat. Isteri ada tanah
Bujang , gji rm2500. Belum ada rumah dan tiada tanah. Duduk di Kuala Lumpur. Boleh memohon?
Saya dah ada tanah, borang dah isi online, tapi Masih belum sain surat akuan tanah, gambar2 tanah perlu jugak ke sperti dalam borang, saya stuck kat situ la sekarang, pergi spnb Kuala Terengganu dia suruh pergi bank negara, tak Thu untuk apa, boleh bantu saya lebih lanjut ke. Terima kasih.