Masalah kucing berak dan kencing merata dalam rumah memang mencabar kesabaran pemilik haiwan peliharaan. Artikel ini kongsikan petua berkesan untuk elak kucing daripada membuang merata, termasuk teknik disiplin, punca tingkah laku ini, dan cara paling selamat untuk melatih kucing berak di tempat yang betul.
Ramai pemilik haiwan cari penyelesaian kepada isu seperti kucing berak atas karpet, kucing kencing atas sofa, cara disiplinkan kucing, tips latih kucing berak dalam pasir, petua halang kucing jantan kencing merata, dan produk penghalau kucing semula jadi. Dalam artikel ini, anda akan temui semua jawapan secara terperinci dan mudah difahami.
Kenapa Kucing Suka Berak & Kencing Merata?
Sebelum nak ajar, kita kena faham dulu kenapa kucing buat perangai macam ni:
- Tandas kotor: Kucing sangat cerewet. Kalau pasir penuh atau berbau, mereka akan cari tempat lain.
- Tekanan atau gangguan: Bunyi bising, bau pelik atau kehadiran haiwan baru boleh buat kucing rasa tak selesa.
- Masalah kesihatan: Jika kerap kencing merata, kucing mungkin ada masalah pundi kencing atau saluran kencing tersumbat.
- Marking kawasan: Kucing jantan, khususnya yang belum dikasi, akan kencing untuk tandakan kawasan mereka.
- Kurang didikan sejak kecil: Anak kucing yang tak diajar guna litter box dari awal akan kekal dengan tabiat buruk.
Petua Elak Kucing Kencing Merata Dalam Rumah
Petua ini boleh bantu anda kekalkan rumah bersih dan bebas bau:
- Sediakan lebih dari satu litter box
Setiap kucing perlukan satu litter box, tambah satu ekstra. Contoh: 2 kucing = 3 kotak pasir. - Tukar pasir setiap hari
Gunakan pasir jenis clumping dan buang najis serta gumpalan setiap hari. Tukar keseluruhan seminggu sekali. - Letak kotak pasir di lokasi sunyi
Elakkan letak dekat mesin basuh, dapur, atau kawasan sibuk. Kucing perlukan privasi. - Guna penyembur penghalau semula jadi
Sembur cuka epal, serai wangi, atau campuran lemon + air di tempat yang selalu mereka tandakan. Penyembur Murah Berkualiti di Shopee Klik Sini - Bersihkan tempat berak dengan betul
Guna enzim cleaner supaya bau najis tak tinggal dan kucing tak ulang tempat sama.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppPetua Elak Kucing Berak Merata Di Luar Tandas
Kalau kucing anda berak luar litter box, cuba:
- Gunakan pasir yang disukai kucing. Sesetengah kucing suka pasir halus atau berbau wangi.
- Alih kotak pasir ke tempat mereka selalu berak merata.
- Pastikan tiada anjing atau haiwan lain yang ganggu mereka semasa guna tandas.
Latih Kucing Guna Litter Box Dari Kecil
Jangan tunggu sampai mereka besar. Berikut langkah melatih:
- Bila nampak kucing mengais atau pusing, cepat-cepat bawa ke litter box.
- Letak najis atau pasir yang sedikit digunakan dalam kotak baru supaya kucing kenal bau.
- Berikan pujian atau treat bila mereka guna tempat yang betul.
Petua Halau Kucing Jiran Kencing di Hadapan Rumah
Bukan kucing sendiri pun boleh buat kita sakit kepala. Cuba:
- Sembur air serai wangi di kawasan yang mereka suka kencing. Air Serai Shopee
- Letak kulit limau, serbuk kopi atau cuka di tepi dinding rumah.
- Percikkan air sabun basuh pinggan di kawasan yang terkena kencing.

Perlukah Kasi Kucing Jantan?
Jika kucing anda jantan dan suka marking, pengkebirian (kasi) boleh bantu kurangkan tabiat tersebut. Kebanyakan kucing akan berhenti marking dalam 1β2 bulan selepas prosedur.
Bila Kena Jumpa Doktor Haiwan?
Jika kucing anda:
- kencing berdarah
- terlalu kerap kencing sedikit-sedikit
- mengeong ketika berak atau kencing
Segera bawa ke vet. Mungkin ada jangkitan atau batu karang yang boleh membahayakan nyawa.
Produk & Bahan Penghalau Kucing
| Jenis | Contoh | Kegunaan |
|---|---|---|
| Semula jadi | Lemon, serai wangi, cuka epal | Halau kucing tanpa racun |
| Komersial | Repellent spray kucing | Sedia pakai, tahan lama |
| DIY | Lemon + cuka + air | Murah & mudah buat sendiri |
Petua Tambahan Rumah Sentiasa Bersih
- Letakkan alas plastik di bawah litter box
- Gunakan vacuum mudah alih untuk bersihkan pasir yang tumpah
- Letakkan diffuser aroma untuk neutralkan bau
Produk & Insurans Haiwan Peliharaan Yang Bantu Kurangkan Masalah Kucing Berak Merata
Selain latih kucing buang najis di tempat sepatutnya, pemilik juga digalakkan pertimbang penggunaan produk khas dan perlindungan insurans haiwan peliharaan untuk jangka panjang. Ini bukan sahaja menjaga kesihatan kucing, tetapi bantu kurangkan kos rawatan jika berlaku isu kesihatan yang menyebabkan tabiat berak merata. Antara cadangan produk & servis termasuk:
- Spray Anti-Kencing Merata: Formulasi khas untuk elakkan kucing ulangi tabiat buang air di tempat sama.
- Pasir Kucing Premium: Tahan lama, wangi dan lebih disukai kucing β elakkan mereka buang di luar kotak pasir.
- Penapis Udara untuk Rumah Ada Kucing: Kekalkan udara bersih dan bebas bau najis dalam rumah.
- Insurans Haiwan Peliharaan: Kini tersedia di Malaysia dengan pelan perlindungan kos rawatan klinik, vaksinasi dan kecemasan.
Dengan penggunaan produk yang betul serta perlindungan insurans, pemilik haiwan peliharaan bukan sahaja mampu mengelakkan kejadian berak merata, malah dapat menjimatkan belanja penjagaan dalam jangka masa panjang.
FAQ: Soalan Lazim Tentang Kucing Kencing Berak Merata
1. Kucing saya dah biasa litter box, tapi tiba-tiba kencing merata?
Mungkin ada gangguan seperti bunyi kuat, tandas kotor, atau masalah kesihatan.
2. Apa bau yang kucing tak suka?
Kucing tak suka bau limau, serai wangi, cuka dan kopi. Anda boleh guna bahan ni sebagai penghalau.
3. Berapa kerap perlu tukar pasir kucing?
Buang najis setiap hari, tukar semua pasir seminggu sekali, atau lebih kerap jika ada lebih dari seekor kucing.
4. Boleh tak sembur Febreze untuk hilangkan bau?
Elakkan sembur pada tempat yang kucing akses selalu. Guna pembersih khas untuk haiwan lebih selamat.
Maklumat Tambahan & Pautan Berkaitan
Untuk tips pelihara kucing, penjagaan kebersihan rumah dan petua penting lain, boleh rujuk laman-laman berikut:
Semoga petua ini bantu anda hidup lebih tenang bersama si bulus kesayangan.

kepada admin.tahniah la ye sediakan petua2 ni semua.setakat ni yg aku guna semua xmenjadi.jenis kucing sekali dgn tuan xtahu malu.sumpah je tuan yg bela kucing tapi xpandai nk jaga.tuntut nnt dia akan susah mati selagi xjumpa jiran yg hari2 kucing berak di tanah mereka ye.xperlu semua petua petua ni.yg merasa sahaja tahu mcmna rasa tertekan sakit hati bila hari2 hadap berak kencing dilaman rumah sndiri ye.sesiapa yg xpernah kena jgnla acah acah tunjuk suci
kau π€ kalau syg sesuatu ada org tanya kau kah apa kau nak bela π sok peduli lagi tulis sini macam dunia ni kau punya ja ?.
Sangat setuju…saya stress setiap kali balik rumah sbb kucing jiran selalu membuang najis dan kencing kat rumah saya..last2 saya sound jiran tu
Selesai masalah kucing tambah enemy ngan jiranπππππ
Kucing pun ade perasaan…Allah jd kan makhluk2 kat mukabumi ni masing2 ade funtion.kucing pun tau ade manusia yg x suke kat dorg…tu sbb dorg berak kt dpn umah yg x suke dorg tu…kite ni manusia jangan sombong sangat…ape yg berlaku ade hikmah.fikir2kan la yee…jangan simpan penyakit hasad dlm diri..kelak makan diri sendiriπ
Ya, setiap hari ada kucing2 dan anjing berak di depan & tepi rumah. Kucing2 tak tahu tuan, ia datang sendiri, kencing dan berak. Biasa waktu malam.
Pernah jumpa sekali anjing yang dibawa tuannya berak Di tepi rumah. Terus Kita pergi tegur anjing punnya tuan supaya tidak bawa anjing mereka berak di depan & tepi rumah kita. Anjing punnya tuan cakap OK. Tetapi tak berkesan. Perkara yang serupa masih berulang.
Boleh beritahu ada apa cadangan yang boleh Selesai ini masaalah?
Sekian, terima kasih.
Kasi pakai Pampers kot