TAHNIAH! Duit bantuan SARA Jun 2025 sudah mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Artikel ini akan terangkan cara semak status bayaran, kategori yang menerima RM200 sebulan, serta senarai pasar raya yang menyokong program ini.
Bantuan MyKasih Jun 2025 merupakan kesinambungan daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan bagi membantu golongan miskin tegar dan B40 mengurus perbelanjaan asas. Ramai penerima daripada senarai STR dan eKasih melaporkan telah menerima bayaran masuk sejak pertengahan bulan. Jangan abaikan, semak status anda segera.
Tarikh Duit SARA Masuk Ke MyKad
Menurut pengumuman rasmi, bayaran bantuan SARA bulan Jun 2025 dikreditkan bermula 15 Jun secara berperingkat. Ada yang sudah terima sejak jam 9 pagi, manakala selebihnya mengambil masa 3–5 hari bekerja.
Perlu diingat, bantuan ini bukan dalam bentuk tunai. Ia dikreditkan ke cip MyKad dan boleh ditebus terus di kedai terpilih menggunakan IC anda sahaja.
Jumlah Bantuan MyKasih 2025 Mengikut Kategori
| Kategori | Jumlah Bantuan Bulanan |
|---|---|
| Isi Rumah (STR + eKasih) | RM200 |
| Warga Emas (STR + eKasih) | RM150 |
| Bujang (STR + eKasih) | RM50 |
| Isi Rumah (STR sahaja) | RM100 |
| Warga Emas (STR sahaja) | RM50 |
Cara Semak Status Bantuan SARA
Terdapat dua kaedah rasmi untuk semak status penerimaan bantuan MyKasih:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- Layari laman rasmi https://www.mykasih.com.my
- Klik “Semak Status” dan masukkan nombor MyKad anda
- Isi Captcha dan tekan butang semak
- Status akan dipaparkan: “Lulus Bantuan SARA MyKasih” beserta baki semasa
Jika masih kosong atau belum lulus, anda boleh rujuk ke portal semakan STR & SARA 2025 untuk kepastian.
Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli
Penerima hanya boleh beli barangan asas terpilih seperti:
- Beras, minyak masak, roti, telur
- Mi segera, susu, teh, Milo
- Sabun, ubat gigi, tuala wanita, ubat asas
- Sayur dan buah segar di pasaraya tertentu
Senarai Barang Mykasih – Klik Sini
Senarai Pasaraya Yang Terima Bantuan MyKasih
Berikut antara pasaraya dan kedai berdaftar:
- Mydin
- TF Value
- 99 Speedmart (terpilih)
- Pasaraya Pantai Timor
- Pasaraya CS
- Econsave
Kenapa Bayaran Masih Tak Masuk?
Jika anda belum terima bantuan ini, kemungkinan:
- MyKad anda rosak atau tidak aktif
- Maklumat STR belum lengkap dikemaskini
- Anda bukan penerima eKasih atau STR kategori miskin tegar
Jika anda yakin layak tetapi belum terima, hubungi MyKasih di talian rasmi 03-7720 1800.
Boleh Guna Untuk Ahli Keluarga?
Buat masa ini, bantuan hanya disalurkan kepada individu yang tersenarai dalam STR atau eKasih sahaja. Tiada permohonan khas dibuka untuk MyKasih. Data diambil terus daripada sistem kerajaan.
Maklumat Tambahan
Untuk rujukan lebih lanjut, anda boleh semak:
Bantuan ini dijangka berterusan hingga Disember 2025 dan merupakan antara inisiatif paling penting dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.
