Bayaran STR dalam masa terdekat? Ramai tertanya-tanya bila sebenarnya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukkan ke akaun bank. Dalam artikel ini, kami akan terangkan kategori penerima yang akan terima dahulu, cara semakan terkini dan faktor yang mempengaruhi urutan pembayaran. Jangan lepaskan info penting jika anda penerima bantuan STR 2025.
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai utama kerajaan kepada isi rumah B40, M40, warga emas dan bujang yang layak. Selepas pembayaran fasa kedua pada Mac lalu, kini tumpuan beralih kepada bayaran Fasa 3 yang dijangka membabitkan ratusan ribu penerima baharu dan rayuan yang telah diluluskan.
Baca Juga : Tarikh Cuti Hari Raya Haji & Cuti Sekolah
Kategori Penerima STR Yang Akan Terima Bayaran Dahulu
Secara umumnya, bayaran STR akan dikreditkan secara berperingkat mengikut kategori dan status permohonan dalam sistem MySTR. Berdasarkan analisis tahun-tahun terdahulu dan maklumat tidak rasmi, berikut ialah senarai kategori yang dijangka terima bayaran lebih awal:
- Isi rumah kategori miskin tegar (berdaftar dalam eKasih)
- Penerima STR fasa 1 & 2 yang layak secara automatik
- Penerima rayuan yang telah diluluskan sebelum 30 Jun 2025
- Penerima dengan akaun bank aktif dan tidak bermasalah
Bagi kategori di atas, pembayaran dijangka akan dikreditkan lebih awal kerana data mereka telah tersedia dan lengkap dalam sistem LHDN.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppSemakan STR 2025: Pastikan Status Anda Aktif
Untuk pastikan anda berada dalam senarai penerima awal, langkah paling penting adalah melakukan semakan status melalui MySTR. Berikut cara semakan:
- Layari laman rasmi: bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Pilih menu “Semakan Status”
- Perhatikan status permohonan dan maklumat bayaran
Tahukah anda, bayaran bantuan RM200 akan dibayar minggu depan, semak sini!
Faktor Yang Melambatkan Bayaran STR
Walaupun sebahagian besar penerima akan menerima bayaran secara automatik, masih ada yang berdepan kelewatan. Berikut antara sebab biasa kenapa bayaran STR anda mungkin lambat dikreditkan:
- Akaun bank tidak aktif / ditutup
- Permohonan baru atau rayuan masih dalam semakan
- Maklumat bank tidak sah atau tidak padan dengan data MyKad
- Nama anda tidak tersenarai sebagai penerima fasa 3
Jika anda termasuk dalam kes “gagal kredit”, jangan panik. Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di kaunter BSN selepas pengumuman rasmi dibuat.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Yang Akan Diterima
Jumlah bantuan yang akan diterima dalam fasa ini adalah berbeza mengikut kategori pendapatan dan bilangan anak. Berikut adalah julat bayaran:
| Jenis Penerima | Jumlah Bayaran Fasa 3 |
|---|---|
| Isi rumah ≤ RM2,500 (0 anak) | RM150 |
| Isi rumah ≤ RM2,500 (1-2 anak) | RM300 |
| Isi rumah ≤ RM2,500 (3-4 anak) | RM500 |
| Isi rumah ≤ RM2,500 (5 anak ke atas) | RM650 |
| Isi rumah RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
| Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan | Tidak menerima dalam Fasa 3 |
Tips Pastikan Bayaran STR Masuk Tanpa Masalah
Ikuti tip berikut untuk pastikan bayaran anda tidak tergendala:
- Kemaskini maklumat akaun bank sebelum 30 Jun 2025
- Pastikan MyKad anda sah dan tidak tamat tempoh
- Elak tukar nombor telefon atau alamat terlalu kerap
- Semak status anda dari semasa ke semasa melalui MySTR
STR Fasa 3 2025: Kemas Kini Terbaru & Info Rasmi
Tarikh rasmi masih belum diumumkan, namun berdasarkan trend lepas, bayaran dijangka sekitar Ogos hingga September 2025. Walaubagaimanapun, bayaran akan dimulakan lebih awal kepada kategori yang telah disahkan lulus dan mempunyai rekod bank yang lengkap.
Soalan Lazim (FAQ)
S: Saya bujang, layak tak dapat STR Fasa 3?
Tidak. Bujang hanya terima STR pada fasa 1 dan fasa 4 sahaja.
S: Saya buat rayuan dan baru lulus Mei lalu, layak dapat Fasa 3?
Ya. Jika rayuan anda lulus sebelum 30 Jun 2025, anda akan dimasukkan dalam senarai bayaran fasa 3.
S: Apa berlaku jika bayaran saya gagal dikreditkan?
Anda boleh membuat tuntutan tunai di kaunter BSN dengan membawa MyKad selepas pengumuman rasmi dibuat.
Rumusan: Jangan Lepas Peluang Bantuan Tunai Ini
STR Fasa 3 adalah peluang penting untuk ringankan beban hidup rakyat Malaysia. Pastikan anda semak kelayakan, kemaskini maklumat dan bersedia apabila bayaran mula dikreditkan. Jika anda tergolong dalam kategori isi rumah B40 yang layak, anda berpeluang besar menerima bantuan dalam masa terdekat.

Harap STR 3 dibayar awal sebelum Hari Raya Aidil Adha agar golongan seperti saya B40 dapat bantuan untuk menyambut Aidil Adha pada 7 hb Jun 2025 akan datang. Terima kasih.
payah nak awal selagi pmx yg merintah
Mintak lah STR FASA 3 Di awalkan sebelum Aidiladha bagi kategori Bujang B40..Rm 150 di keluarkan..
Takkan penjawat awam je dapat awal..Miskin tegar macam saya tak dapat awal..
Penjawat awam yang ada gaji di bagi pula kita yang tidak bergaji mengharapkan bantuan semata2 tak di hiraukan…nak raya ne harap hasiil kerja sendiri…bukan nak complain tapi ne hak bersama
Minta LHDN keluarkan Str fasa 3 ni sebelum Hari Raya Aidiladha ni.