Bila masuk STR Fasa 3? Soalan ini terus menghantui penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang masih menanti bayaran berikutnya. Walaupun tiada pengumuman rasmi setakat ini, ramai menjangkakan pembayaran akan dibuat tidak lama lagi. Artikel ini akan kupas siapa yang layak, jumlah bayaran mengikut kategori, serta panduan lengkap semakan dan kemaskini status MySTR bagi penerima fasa ketiga.
STR Fasa 3 biasanya diagihkan selepas selesai proses rayuan dan kemaskini data penerima. Berdasarkan fasa terdahulu, bayaran fasa 3 selalunya dibuat sekitar pertengahan tahun, dan bergantung kepada tarikh kelulusan permohonan, status semakan serta pengesahan akaun bank penerima. Jika anda masih tertanya-tanya bila duit STR akan masuk ke akaun, baca sampai habis.
Siapa Yang Akan Terima STR Fasa 3?
Antara kategori penerima yang bakal menerima STR Fasa 3 adalah:
- Pemohon baru yang lulus selepas Fasa 2
- Penerima sedia ada yang layak bayaran berperingkat
- Rayuan yang diluluskan selepas tempoh semakan Fasa 2
- Isi rumah dan warga emas tanpa pasangan berpendapatan RM5,000 ke bawah
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppKuiz STR 2025: Adakah Anda Layak Terima Sehingga RM1200?
Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3?
Jumlah bantuan yang bakal diterima dalam Fasa 3 adalah bergantung kepada pendapatan isi rumah dan bilangan anak. Berikut ialah pecahan anggaran mengikut kategori:
| Kategori Pendapatan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
|---|---|---|
| RM2,500 ke bawah | 0 | RM150 |
| RM2,500 ke bawah | 1 – 2 | RM300 |
| RM2,500 ke bawah | 3 – 4 | RM500 |
| RM2,500 ke bawah | 5 dan ke atas | RM650 |
| RM2,501 – RM5,000 | 0 | RM100 |
| RM2,501 – RM5,000 | 1 – 2 | RM200 |
| RM2,501 – RM5,000 | 3 – 4 | RM250 |
| RM2,501 – RM5,000 | 5 dan ke atas | RM300 |
Bila Duit STR Fasa 3 Masuk?
Walaupun belum ada tarikh rasmi diumumkan, dijangka pembayaran akan dibuat dalam tempoh pertengahan tahun, iaitu sekitar bulan Jun hingga Ogos berdasarkan corak tahun sebelumnya. Namun, penerima dinasihatkan untuk sentiasa menyemak portal rasmi dan kemaskini status MySTR bagi memastikan tiada sebarang isu kelewatan atau gagal kredit.
Login MySTR bagi mengesahkan akaun anda sekarang.
Cara Semak Status Kelayakan & Bayaran STR
- Layari portal STR LHDN
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan
- Pilih menu “Semakan Status”
- Lihat butiran bayaran dan tarikh kelulusan
Tips Elak Gagal Kredit STR
- Pastikan akaun bank masih aktif
- Sama nama dalam MySTR dengan nama pada akaun bank
- Kemaskini maklumat sebelum tarikh akhir
Jika anda pernah alami isu gagal kredit, sila hadir ke mana-mana cawangan BSN dengan MyKad untuk menuntut secara tunai.
Soalan Lazim (FAQ)
S: Adakah bayaran Fasa 3 automatik?
J: Ya, jika permohonan anda telah lulus dan maklumat bank sah, bayaran akan dikreditkan secara automatik.
S: Boleh ke saya mohon baru untuk STR Fasa 3?
J: Permohonan baharu hanya dibuka dalam tempoh khas yang diumumkan oleh kerajaan. Jika terlepas, anda perlu tunggu pembukaan seterusnya.
S: Adakah saya perlu kemaskini maklumat untuk Fasa 3?
J: Tidak wajib, tetapi sangat digalakkan untuk elakkan sebarang masalah bayaran.
S: Kategori bujang dapat tak untuk Fasa 3?
J: Berdasarkan maklumat semasa, kategori bujang dan warga emas dijangka tidak terlibat dalam Fasa 3.
Maklumat Lanjut
Untuk bantuan dan info lebih lengkap berkaitan STR Fasa 3 dan bantuan lain:
Jangan biarkan bayaran STR Fasa 3 terlepas! Semak segera dan pastikan akaun anda sedia menerima bantuan tunai dari kerajaan.



Nice to msg
Nice to msg.I take DA pat B40
Xder dpt str fada ke3 pd bulan may..fasa ke3 akan dkreditkn pd ogos.sepatutnya bulan may..jarak Dari fasa ke3 bulan ogos ..