Ini 7 Sunscreen Terbaik di Malaysia 2025 – No 2. Paling Laku!

Sedang cari sunscreen terbaik di drugstore Malaysia tahun 2025? Artikel ini senaraikan 7 pilihan paling top yang berbaloi dibeli—ikut jenis kulit, bajet & keperluan harian. Rujuk senarai lengkap di bawah sebelum anda buat keputusan.

Sunscreen adalah perlindungan asas yang wajib pakai setiap hari, tak kira cuaca mendung atau panas terik. Dalam artikel ini, kami himpunkan sunscreen drugstore terbaik 2025 termasuk untuk kulit berminyak, sensitif, kering dan kombinasi. Semua produk ini mudah didapati di farmasi Malaysia seperti Guardian, Watsons dan Caring.

Sunscreen Terbaik 2025

1. Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch SPF50+

Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch SPF50+

  • Jenis: Chemical sunscreen
  • Sesuai untuk: Semua jenis kulit
  • Harga: RM50–RM60

Produk ini mempunyai teknologi helioplex yang memberi perlindungan tinggi UVA & UVB. Kelebihan utama? Finish matte dan tekstur kering cepat—takkan rasa lekit sepanjang hari!

Beli Neutrogena UV di Shopee

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

2. COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50+ PA+++

COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50+

  • Jenis: Hybrid (aloe-based)
  • Sesuai untuk: Kulit kering & sensitif
  • Harga: RM50–RM65

Sunscreen Korea ini mengandungi 5,500 ppm ekstrak aloe vera untuk soothing effect. Ramai pengguna kata sunscreen ni tak greasy & sangat menenangkan selepas cuaca panas.

Beli COSRX Aloe UV di Shopee

3. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ PA++++

Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ PA++++

  • Jenis: Gel ringan, cepat meresap
  • Sesuai untuk: Kulit berminyak & kombinasi
  • Harga: RM35–RM45

Sunscreen Biore ini jadi kegemaran ramai sebab teksturnya ringan macam air. Tak melekit, tak berminyak dan langsung tak tinggalkan white cast. Sesuai untuk daily use bawah makeup atau outdoor.

Beli Biore UV di Shopee

4. Hada Labo Perfect UV Gel SPF50+ PA++++

Hada Labo Perfect UV Gel SPF50+

  • Jenis: Hybrid (chemical + physical)
  • Sesuai untuk: Kulit kering & normal
  • Harga: RM50–RM60

Formulasi dari Jepun ini mengandungi hyaluronic acid untuk kelembapan berganda. Ia mudah disapu, tak bercapuk, dan terasa ringan di kulit. Bonus: boleh dijadikan primer bawah foundation!

Beli Hada Labo UV di Shopee

5. Aiken Daily Sun Sunscreen SPF50 PA+++

Aiken Daily Sun Sunscreen SPF50

  • Jenis: Chemical
  • Sesuai untuk: Kulit sensitif & berjerawat
  • Harga: RM20–RM25

Diformulasi dengan tea tree oil, sunscreen Aiken ini sangat sesuai untuk kulit yang cenderung berjerawat. Ia bebas alkohol, bebas pewangi, dan tidak menyumbat pori-pori. Budget-friendly juga!

Beli Aiken Sunscreen di Shopee

6. Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF50 PA++++

Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF50

  • Jenis: Essence, chemical
  • Sesuai untuk: Kulit kombinasi & kering
  • Harga: RM25–RM30

Datang dari jenama halal Indonesia, sunscreen ini makin popular di Malaysia kerana harga mampu milik dan keberkesanan. Ada niacinamide & vitamin E yang bantu rawat kulit kusam.

Beli Wardah UV di Shopee

7. Cetaphil Sun SPF50+ Light Gel

Cetaphil Sun SPF50+ Light Gel

  • Jenis: Chemical, dermatologi diuji
  • Sesuai untuk: Kulit sensitif
  • Harga: RM80–RM90

Cetaphil memang pakar dalam produk kulit sensitif. Sunscreen ini hypoallergenic, bebas paraben, dan sangat ringan. Tak perih mata dan boleh dipakai seisi keluarga.

Beli Cetaphil Sunscreen di Shopee

Kenapa Penting Guna Sunscreen Setiap Hari?

Kulit tanpa pelindung matahari mudah rosak, cepat tua & berisiko kanser kulit. Dengan sunscreen terbaik drugstore Malaysia 2025 yang kami senaraikan ini, anda tak perlu belanja besar untuk perlindungan maksima.

Tip Pilih Sunscreen Ikut Jenis Kulit ✅

  • Kulit berminyak: Cari gel atau dry-touch sunscreen
  • Kulit kering: Pilih jenis cream atau lotion
  • Kulit sensitif: Elak alkohol & fragrance
  • Outdoor: Guna SPF50+ PA++++

Kesimpulan: Mana Satu Pilihan Anda?

Setiap kulit berbeza, jadi pilihlah sunscreen yang paling sesuai dengan keperluan anda. Yang penting, konsisten guna setiap hari! Anda boleh dapatkan semua produk di atas di drugstore terdekat atau beli online dari Watsons, Guardian atau Shopee.

Leave a Comment